The Attorney-General Chambers(AGC) Should Answer Implicit Allegations Of Racist Bias And Even Selective Prosecution By Tun Dr Ling Liong Sik Over The RM12.85 Billion Port Klang Free Trade Zone Scandal.(en/bm/cn)

Press Statement By DAP Secretary-General Lim Guan Eng And MP For Bagan In Kuala Lumpur On 18.1.2014.

DAP calls for a Royal Commission of Inquiry if the Attorney-General Chambers(AGC) refuses to answer implicit allegations of racist bias and even selective prosecution by former Transport Minister and ex-MCA President Tun Dr Ling Liong Sik over the RM12.85 billion Port Klang Free Trade Zone(PKFZ) scandal. These implicit allegations were made to a Chinese newspaper where Liong Sik accused AGC of looking down and disrespecting the country’s Chinese leaders who have contributed to the country.

Ling was acquitted of deceiving the Cabinet by failing to disclose an additional interest rate of 7.5% to the purchase price of RM 25 per sq ft in the PKFZ deal, despite knowing that the interest rate was included in the price. Former prime minister Tun Dr Mahathir Mohamad testified in court that he had not been cheated by Ling.

Ling Liong Sik claimed that he was wrongly prosecuted even though he has done nothing wrong. He further made the shocking claim that AGC only started gathering evidence after charging him to court, instead of the other way round, and did not even record former prime minister Tun Dr Mahathir Mohamad’s statement beforehand.

Does Ling’s implicit allegations of racial bias and selective prosecution mean that the AGC could have charged other personalities involved in the PKFZ scandal? These are serious allegations by Ling that needs to be fully addressed by AGC, especially with the withdrawal of cheating charges against another former Transport Minister Datuk Seri Chan Kong Choy over this scandal.

Isn’t it ridiculous that with potential losses of RM 12.85 billion to 28 million Malaysians, there are no wrongdoers but many who profit from the PKFZ scandal at the expense of the people. Where is the crediblity and integrity of the administration of justice by the AGC when there is no one to be punished?

The AGC must also explain why threats made against BN leaders are immediately acted upon with arrests and charged in court, but not when threats are made against a Chinese Chief Minister. I have made so many reports of threats to kill me and even followed police advice to lodge police reports over false allegations by UMNO against my underaged son that he molested his female classmate, but no action has been taken. Can the AGC why there is immediate action on threats made against Malay BN Prime Ministers or Menteri Besars but none on threats against a PR Chinese Chief Minister or my family?

—BM Version —

Kenyataan Media oleh Setiausaha Agung DAP merangkap Ahli Parlimen Bagan, Lim Guan Eng di Kuala Lumpur pada 18 Januari 2014.

Jabatan Peguam Negara mesti menjawab dakwaan kewujudan bias perkauman malah pendakwaan terpilih, oleh Tun Dr Ling Liong Sik bersabit skandal Port Klang Free Trade Zone bernilai Rm12.85 bilion.

DAP menggesa sebuah Suruhanjaya Siasatan DiRaja ditubuhkan seandainya Jabatan Peguam Negara enggan menjawab dakwaan kewujudan bias perkauman malah pendakwaan terpilih, oleh Tun Dr Ling Liong Sik bersabit skandal Port Klang Free Trade Zone bernilai Rm12.85 bilion. Dakwaan tersirat ini dibuat kepada sebuah akhbar CIna di mana Liong Sik menuduh Jabatan Peguam Negara memandang rendah dan menghina pemimpin Cina negara ini yang telah banyak berjasa.

Ling dibebaskan daripada tuduhan menipu Kabinet apabila beliau gagal memaklumkan kewujudan kadar faedah tambahan sebanyak 7.5% kepada harga pembelian tanah RM25 sekaki persegi dalam perjanjian PKFZ, walaupun mengetahui kadar faedah itu termasuk dalam harga tersebut. Mantan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad telah memberi kesaksian di mahkamah bahawa beliau tidak ditipu oleh Ling.

Ling Liong Sik menyatakan bahawa beliau telah didakwa secara salah walaupun beliau tidak melakukan apa-apa kesalahan. Beliau kemudiannya membuat dakwaan mengejutkan bahawa Jabatan Peguam Negara hanya mula mengumpulkan bukti selepas beliau didakwa di mahkamah, dan bukan sebaliknya, malah langsung tidak merakamkan percakapan Tun Dr Mahathir Mohamad lebih awal.

Adakah dakwaan tersirat Ling tentang bias perkauman dan pendakwaan terpilih bermaksud Jabatan Peguam Negara mungkin turut boleh mendakwa personaliti lain yang terlibat dalam skandal PKFZ tetapi tidak berbuat demikian? Ini adalah dakwaan serius yang ditimbulkan Ling dan mesti dijawab sepenuhnya oleh Jabatan Peguam Negara, terutama sekali dengan penarikbalikan dakwaan menipu terhadap seorang lagi bekas menteri pengangkutan yang terbabit dengan skandal ini, iaitu Datuk Seri Chan Kong Choy.

Bukankah sangat merepek bahawa, dengan potensi kerugian RM12.85 bilion terhadap 28 juta rakyat Malaysia, tidak ada sesiapa yang bersalah malah ramai pula yang mendapat faedah daripada skandal PKFZ dengan bermodalkan dana rakyat. Di mana kredibiliti dan integriti pentadbiran keadilan di Jabatan Peguam Negara apabila tiada siapa pun dihukum?

Jabatan Peguam Negara juga mesti menjelaskan kenapa ancaman terhadap pemimpin BN begitu cepat sekali diambil tindakan dengan tangkapan dan pendakwaan di mahkamah, tetapi tidak apabila ugutan serupa dibuat terhadap seorang Ketua Menteri Cina. Saya telah membuat banyak laporan tentang ugutan bunuh terhadap saya dan malah mengikut nasihat polis untuk membuat laporan tentang dakwaan palsu oleh UMNO terhadap anak bawah umur saya kononnya beliau mencabul kehormatan rakan sekelasnya, tetapi tiada tindakan pun yang diambil. Bolehkah pihak Jabatan Peguam Negara menjelaskan kenapa tindakan segera boleh diambil terhadap ancaman kepada Perdana Menteri atau Menteri Besar Melayu Barisan Nasional tetapi tidak kepada ancaman terhadap seorang Ketua Menteri Cina Pakatan Rakyat dan keluarga saya?

LIM GUAN ENG

—-Mandarin Version —

民主行动党秘书长兼峇眼区国会议员林冠英於2014年1月18日在吉隆坡发表文告:

总检察署需对敦林良实医生的指控做出回应,解释敦林为何就128亿5千万令吉的巴生港口自贸区弊案中,控诉总检察署的行径不啻为种族偏见,并且属于选择性起诉。

民主行动党认为,若总检察署拒绝对敦林良实的指控做出回应,该党将号召成立一个皇家委员会进行彻查,以了解为何我国前任交长兼前马华总会长敦林良实医生为何日前於各华文报前,就涉及128亿5千万令吉的巴生港口自贸区弊案中,指控总检察署对他的起诉,乃种族偏见,也是选择性起诉,不尊重对国家有贡献的华裔领袖。

较早前敦林因巴生港口自贸区弊案一事被提控上庭,原因是企图蒙骗内阁,向后者所呈报的地价为每平方尺25令吉或10亿8千845万令吉,蓄意隐暪额外的7.5%年利。前首相敦马哈迪医生曾在法庭上宣称,他并未被林良实所欺骗。经一轮审判后,敦林较後被宣判无罪释放。

林良实宣称,他乃被错误起诉,本身并未犯下任何过失,他更爆出总检察署是在提控他上庭后,才开始搜集证据,而非先收集证据后再提控。另外,有关方面也没在事前记录前首相敦马的声明。

对于林良实有关“种族偏见及选择性起诉”的指控,是不是意味着总检察署疏于职守,而没能还原弊案的真相?这是一个很严重的指控,尤其是现在另外一个前交长拿督斯里陈广才也被宣判释放,总检察署更应现身回应。

2千800万名马来西亚人潜在损失了128亿5千万令吉,到头来却发现原来没人犯错,只有人在弊案中受惠,这岂不是滑天下之大稽?如果没有人在这起案件中受罚,试问,总检察署的威信何在?正义还存在吗?

另一方面,总检察署也应该解释,为何国阵领袖一旦受到恐吓,总检察署就立马采取行动,包括逮捕或提控上庭,然而,当一名华裔首席部长遭受恐吓时,却没有获得相等的待遇?过去我曾面对多项威胁我生命的恐吓,我儿子亦曾被巫统领袖污蔑非礼女同学,尽管我按照警方的劝告报警处理,但迄今仍然毫无下文。我可以请总检察署解释,为何国阵的首相、州务大臣、首长等面对威胁时,可以获得总检察署马上采取行动,但民联的首席部长或其家人,却等不到他们的行动?

林冠英

0 Responses to “The Attorney-General Chambers(AGC) Should Answer Implicit Allegations Of Racist Bias And Even Selective Prosecution By Tun Dr Ling Liong Sik Over The RM12.85 Billion Port Klang Free Trade Zone Scandal.(en/bm/cn)”


Comments are currently closed.