Tan Sri Muhyiddin Yassin’s Special Cabinet Committee To Tackle the Cost of Living Changes Nothing If The BN Government Knows Only How To Increase Prices Without Increasing Salaries, Especially Minimum Wage To RM 1,100 Monthly, (With A Grace Period Of 5 Years To SMEs For Foreign Workers).

DAP 2014 Thaipusam Day Message By DAP Secretary General and MP for Bagan Lim Guan Eng In Komtar, George Town On 16.1.2014.

Deputy Prime Minister Tan Sri Muhyiddin Yassin’s Special Cabinet Committee To Tackle the Cost of Living changes nothing if the BN government knows only how to increase prices without increasing salaries, especially minimum wage to RM1,100 monthly(with a grace period of 5 years to Small and Medium Enterprises(SMEs) for foreign workers). Muhyidin used a lot of fancy academic terms without addressing the two main issues of concern to 28 million ordinary Malaysians – Is BN going to reduce prices or increasing salaries?

What is the use of the BN government spending money to create a special laboratory for two weeks beginning today to study measures to ease the burden of the people when they can not even understand the price rises is not about the price of “kangkung’ alone. Is the BN government going to appoint expert consultants again, where RM7.2 billion have been spent since 2008? Failure to address reducing prices or increasing salaries will render this Special Committee a toothless tiger, a mere talk-shop with full of meaningless flowery words without action to lessen the financial burden of the rakyat.

Does Muhyiddin not know that real wages of export-oriented industries rose by 1.9% whilst that of domestic-oriented industries rose by 1.4% after 1997? The price hikes by the BN Federal government this year in sugar, petrol, power tariffs and road tolls has highlighted the sad fact that wages can not keep up with inflation.

DAP proposes that the minimum monthly wage be increased to RM 1,100 combined with a grace period to SMEs for 5 years from extending to foreign workers, would help to increase income for 14.2 million Malaysian workers and help economic growth by protecting Malaysian SMEs. The minimum wage of RM 1,100 monthly is acceptable to Small and Medium Entreprises(SMEs) provided that it does not cover foreign workers. After the 5 years grace period, SMEs have to pay the minimum monthly wage to all foreign and local workers.

Further Malaysia loses out when foreign workers send most of their money home. Deputy Finance Minister Datuk Ahmad Maslan told Parliament last month that remittances by legal foreign workers doubled from RM 10 billion in 2009 to almost RM20 billion last year. The top five countries that received remittances from Malaysia in 2012 are Bangladesh (RM3 billion), Indonesia (RM3 billion), Nepal (RM2 billion), India (RM625 million) and the Philippines (RM561 million).

This RM20 billion foreign workers’ remittances are expected to double when the minimum wage is fully applied to all foreign workers beginning 1.1.2014. Malaysian employers and employees should be looked after first by ensuring that employees enjoy a higher minimum monthly wage of RM 1,100 and giving SMEs, a grace period of at least 5 years for SMEs to adjust before extending this minimum wage to foreign workers.

Unlike BN, the PR state government in Penang is proud that we did not increase business license fees, water rates, quit rent and assessment charges. To distract attention from the price hikes by the BN Federal government in sugar, petrol, power tariffs and road toll, BN stokes the fires of racial and religious hatred. We should not fall into BN’s traps of economic mismanagement that has caused the people to suffer rising costs of living.

—-BM Version —–
Kenyataan Media Sempena Hari Thaipusam Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng dan Ahli Parlimen Bagan Di Pulau Pinang Pada 16.1.12014

Jawatankuasa Khas Kabinet yang dipengerusikan oleh Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin bagi menangani Kos Sara Hidup tidak akan berhasil jika kerajaan BN hanya tahu meningkatkan harga barangan dan perkhidmatan tanpa meningkatkan gaji, khususnya gaji minimum kepada paras RM1,100 sebulan (dengan tempoh penangguhan 5 tahun untuk IKS bagi pekerja asing).

Jawatankuasa Khas Kabinet yang dipengerusikan oleh Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin bagi menangani kos sara hidup tidak akan berhasil jika kerajaan BN hanya tahu meningkatkan harga barangan dan perkhidmatan tanpa meningkatkan gaji, khususnya gaji minimum kepada paras RM1,100 sebulan (dengan tempoh penangguhan 5 tahun untuk IKS bagi pekerja asing). Muhyiddin menggunakan banyak istilah-istilah akademik yang hebat tanpa menangani dua isu utama yang membimbangkan 28 juta rakyat Malaysia – Adakah BN akan mengurangkan harga atau meningkatkan gaji?

Apakah ertinya kerajaan BN membelanjakan wang bagi mewujudkan sebuah makmal khas selama dua minggu mulai hari ini untuk mengkaji langkah meringankan beban rakyat apabila mereka tidak dapat memahami kenaikan harga bukan hanya melibatkan harga ‘kangkung’ semata-mata. Adakah kerajaan BN akan melantik perunding pakar lagi, sebagaimana RM7.2 bilion yang telah dibelanjakan sejak tahun 2008? Kegagalan untuk menangani masalah antara mengurangkan harga atau meningkatkan gaji akan menjadikan Jawatankuasa Khas ini umpama harimau tidak bertaring atau sembang kosong di kedai kopi yang penuh perkataan berbunga-bunga tanpa tindakan bagi meringankan beban kewangan rakyat.

Adakah Muhyiddin tidak tahu bahawa gaji benar (real wages) industri berorientasikan eksport meningkat sebanyak 1.9% manakala industri berorientasikan dalam negeri meningkat 1.4% selepas 1997? Kenaikan harga oleh kerajaan Persekutuan BN tahun ini yang melibatkan gula, petrol, tarif elektrik dan tol jalan raya telah mengukuhkan hakikat yang menyedihkan bahawa kadar upah tidak setara dengan inflasi.

DAP mencadangkan gaji bulanan minimum dinaikkan kepada RM1,100 dengan tempoh penangguhan kepada IKS selama 5 tahun untuk pekerja asing. Dasar ini akan membantu meningkatkan pendapatan 14.2 juta pekerja Malaysia dan membantu pertumbuhan ekonomi dengan melindungi IKS di Malaysia. Gaji bulanan minimum RM1,100 masih berpadanan bagi Industri Kecil dan Sederhana (IKS) dengan syarat ia tidak melindungi pekerja-pekerja asing. Selepas tamat tempoh 5 tahun penangguhan, IKS perlu membayar gaji bulanan minimum untuk semua pekerja, termasuk pekerja asing.

Tambahan pula, Malaysia sering kerugian apabila pekerja asing menghantar sebahagian besar wang mereka ke negara asal. Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Ahmad Maslan memberitahu Parlimen bulan lalu bahawa wang yang dikirimkan oleh pekerja asing yang sah telah berganda daripada RM10 bilion pada tahun 2009 kepada hampir RM20 bilion pada tahun lepas. Lima negara yang paling banyak menerima kiriman wang dari Malaysia pada tahun 2012 adalah Bangladesh (RM3 bilion), Indonesia (RM3 bilion), Nepal (RM2 bilion), India (RM625 juta) dan Filipina (RM561 juta).

Kiriman wang RM20 bilion oleh pekerja asing ini dijangka bakal meningkat dua kali ganda apabila gaji minimum dilaksanakan sepenuhnya bagi semua pekerja asing bermula 1.1.2014. Keutamaan mestilah diberikan kepada majikan dan pekerja Malaysia dengan memastikan bahawa kakitangan menikmati gaji bulanan minimum yang lebih tinggi sebanyak RM1,100 dan memberi IKS tempoh penangguhan sekurang-kurangnya 5 tahun bagi membolehkan IKS membuat penyesuaian sebelum melanjutkan perlaksanaan gaji minimum ini kepada pekerja-pekerja asing.

Tidak seperti BN, kerajaan negeri PR di Pulau Pinang berbangga apabila kami tidak meningkatkan bayaran lesen perniagaan, kadar air, cukai tanah dan cukai taksiran. Bagi mengalihkan perhatian daripada kenaikan harga oleh kerajaan Persekutuan BN yang melibatkan gula, petrol, tarif elektrik dan tol jalan raya, BN mula mencetuskan api kebencian antara kaum dan agama. Kita tidak harus jatuh ke dalam perangkap salah urus ekonomi BN ini yang telah menyebabkan rakyat menderita akibat kenaikan kos hidup.

—-Mandarin Version —

民主行动党秘书长兼峇眼区国会议员林冠英于2014年1月16日在槟城乔治市光大发表的2014年行动党大宝森节献词:

若国阵只懂得在没有提高人民收入(尤其是将最低薪金调高至1100令吉,并让中小企业有5年宽限期于所聘用的外劳),却只懂得提高物价,那副首相丹斯里慕尤丁所主导的“克服人民生活成本特别委员会”,根本无法作出任何改变。

若国阵只懂得在没有提高人民收入(尤其是将最低薪金调高至1100令吉,并让中小企业有5年宽限期于所聘用的外劳),却只懂得提高物价,那副首相丹斯里慕尤丁所主导的“克服人民生活成本特别委员会”,根本无法作出任何改变。慕尤丁采用了很多花哨的学术名词,却没有提及2800万普通百姓所关心的两项主要课题,即:国阵有计划减价,或提高薪金吗?

国阵政府花钱设立一个从今天起为期2周的特别实验室,以深入研究各种降低人们生活成本负担的对策。在他们却始终不明白涨价并不仅限于“雍菜”而已的当儿,他们所成立的实验室,有何功能可言?难道国阵政府打算再次像从2008年起就花了72亿令吉的顾问费般,再次委任专家顾问?无法提及减价或提高薪金,将让这个特别委员会沦为无牙老虎,一个纯粹空谈华丽词澡却没有实际行动以减轻人民生活负担的委员会。

慕尤丁是否知道,出口导向工业的实际工资自1997年后,增长了1.9%,而国内导向的工业,则增长了1.4%? 单是今年,国阵联邦政府调高的糖价、石油、电费及过路费,已在在地显示一个现实:即工资永远追不上通膨率。

民主行动党建议的1100令吉最低薪金制,是结合了给予中小企业一个5年的宽限期(外劳),将协助1420万马来西亚人民增加收入,并在保护中小企业的同时,有助于经济成长。1100令吉的最低薪金是可以被中小企业所接受,条件是不包括外劳在内。 5年宽限期过后,中小企业也须支付本地劳工及外劳最低薪金。

再说,正当外劳将他们所赚的钱所送回国时,马来西亚流失了很多资金。副财政部长拿督阿末马斯兰在上个月的国会会议中说,合法外劳的汇款率,从2009年的100亿令吉,翻倍至去年的近200亿令吉。2012年获得马来西亚汇款最高的5个国家分别是孟加拉(30亿令吉)、印尼(30亿令吉)、尼泊尔(20亿令吉)、印度(6亿2500万令吉)及菲律宾(5亿6100万令吉)。

这200亿令吉的外劳汇款,预料将在2014年1月1日,当最低薪金制全面落实于外劳身上时,再度翻倍。我们必需先照顾马来西亚的雇主及员工,确保本地劳工享有较高,也即是至少1100令吉的最低薪金,并在此措施延伸至外劳身上之前,给予中小企业至少5年宽限期作调整。

不同于国阵,让槟州民联政府感到骄傲的是,我们并没有提高商业执照费、水费、地税及门牌税。国阵政府为了转移糖、石油、电费及过路费涨价的焦点,点燃了种族及宗教仇恨之火。我们不应该陷入国阵经济管理不佳导致人民困于生活成本高涨的陷阱。

林冠英