Sebagai penjelasan terakhir, Kerajaan negeri ingin menggariskan 5 fakta berkatian dengan tuduhan tidak berasas mengenai pembelian kereta Mercedes Benz S300L untuk YAB Ketua Menteri Pulau Pinang. (bm/cn)

Kenyataan Akhbar Pegawai Kewangan Negeri Pulau Pinang Dato Mokhtar Mohd Jait Di Pulau Pinang Pada 3.1.2014.

Sebagai penjelasan terakhir, Kerajaan negeri ingin menggariskan 5 fakta berkatian dengan tuduhan tidak berasas mengenai pembelian kereta Mercedes Benz S300L untuk YAB Ketua Menteri Pulau Pinang.

Satu, kereta baru Mercedes S300L ini dibeli semata-mata kerana pengecualian cukai dan diskaun sebanyak 56% diberikan. Tanpa diskaun 56% ini, pembelian tidak akan dibuat. Kereta baru Mercedex S300L akan menjadi milikan kerajaan negeri selama-lamanya dan mempunyai “economic value for money” dari segi jangka masa panjang. Ini adalah kerana YAB Ketua Menteri Lim Guan Eng telah menyatakan tidak akan membeli untuk sendirinya selepas bersara.

Kedua , Kelayakan Ketua Menteri Pulau Pinang memang berhak menggunakan 2 buah kereta Mercedes-Benz S400 dan Mercedes Benz S300. Beliau kini menggunakan sebuah kereta sahaja iaitu Mercedes-Benz S300L dengan harga RM 298,263.75 berbanding dengan harga asal RM 657,218. Perlu ditegaskan kereta Toyota Camry 2.5 yang dipakai Ketua Menteri diserahkan kepada Timbalan Speaker Dewan Undangan Negeri Pulau Pinang YB Ustaz Maktar Shapee.

Ketiga, pertanyaan yang dibuat oleh pemberita suratkhabar The Star dan suratkhabar Cina samada benar ura-ura bahawa diskaun RM100,000 yang diberikan untuk kereta itu adalah datang daripada Tan Sri Datuk Seri Tan Kok Ping. Ini adalah satu fitnah sama sekali. Diskaun RM100,000 ini diberikan oleh pembekal Mercedes di seluruh Malaysia, bukan oleh “dealer” Mercedes, dan untuk semua yang ingin pembeli Mercedes Benz S300L.

Keempat, tujuan asal untuk membeli kereta Mercedes kepada 15 ahli EXCO(termasuk Ketua Menteri) dan Speaker Dewan Undangan Negeri Pulau Pinang kerana ia lebih selamat dan kukuh. Ini tidak tercapai kerana kos cukai dan duti yang dikenakan adalah terlalu tinggi dan pengecualian cukai tidak dapat diperolehi.

Lagipun pembekal Mercedes enggan memberikan surat jaminan bahawa pengecualian cukai boleh diperolehi. YAB Ketua Menteri dan ahli EXCO enggan memakai kereta Mercedes yang tanpa diskaun dan yang perlu bayar cukai, sepertimana yang dilakukan oleh kerajaan negeri Terengganu pada tahun 2008 dan negeri-negeri lain, kerana kosnya terlalu tinggi.

Prosedur permohonan untuk pengecualian cukai adalah pemohon mesti membeli kereta dahulu dan sekiranya pengecualian cukai tidak diberikan, maka pemohon harus membayar cukai disamping kos kereta. Oleh itu, kerajaan negeri juga mahu pembekal memberikan jaminan akan mengambil balik kereta tanpa bayaran oleh kerajaan negeri sekiranya pengecualian cukai gagal diberikan. Pembekal enggan berbuat demikian untuk 15 buah kereta.

Itulah sebabnya pembelian kereta 15 buah kereta Toyota Camry diteruskan untuk Ketua Menteri, Ahli EXCO dan Speaker. Hanya selepas 15 buah Toyota Camry diserahkan pada 31.10.2013, barulah pembekal kereta Mercedes memberikan surat jaminan yang diperlukan tetapi hanya untuk sebuah kereta Mercedes S300L. Barulah Mesyuarat EXCO Pulau Pinang memutuskan secara sebulat suara untuk membeli kereta Mercedes S300L pada 20 November 2013.

Kelima, berdasarkan pengecualian cukai yang diperolehi dan perbezaan besar di antara harga asal RM 657,218 dengan harga diskaun RM 298,263.75 ataupun pengurangan RM358,954.25 sebanyak 56%, ia tidak banyak berbeza dengan harga kereta lama Mercedes Benz S320L yang dibeli 18 tahun dulu pada 4 September 1995 sebanyak RM 271,331.22.

Lagipun kereta Mercedes memang bertahan lama dan penggunaan kereta Mercedes Benz S320L yang lama boleh dipakai dengan kos penyelenggaraan yang lebih rendah. Sebagai contoh kos kereta Perdana PAC 77 dibeli pada 14 Oktober 2004 dengan harga RM117,026.36. Kos penyelenggaraannya untuk 9 tahun pertama sehingga 2013 adalah RM 178,105.10, iaitu lebih tinggi daripada harga pembelian asal RM 117,026.36. Ini amat merugikan kerajaan negeri.

Bagi Mercedes Benz S320L yang dibeli pada 4 September 1995 dengan harga RM 271,331.22, kos penyelenggaraan ialah sebanyak RM110,000 untuk tempoh 9 tahun pertama. Tambahan pula, kereta Mercedes masih ada harga penjualan kereta terpakai(second hand value) bukan macam kereta lain.

MOKHTAR MOHD JAIT

—–Mandarin Version—

槟州财政司拿督莫达莫哈末加益于2014年1月3日在槟州发表声明:

作为此项课题最后一次回应,州政府谨此列出五项事实,以反驳有关针对槟州首席部长购买马赛地S300L毫无根据的不实指控。

第一, 州政府购买新车马赛地S300L纯粹是因为获得免税及折扣56%。如果没有折扣,我们绝不考虑购买。马赛地S300L将是州政府的永久资产,长远来说,在经济上它“物有所值”。而首长林冠英也已经表明他在退休后也绝不会购买来做为私人用途。

第二, 槟州首长有权使用两辆马赛地S400及S300。而林冠英现在只是使用马赛地S300L而已,而且购买价为29万8263令吉75仙,不是原价65万7218令吉。我们要声明,原本首长使用的丰田佳美2.5将移交给副议长玛达沙比。

第三, 《星报》和中文报都质问有关10万令吉的折扣是否来自丹斯里陈国平。这简直是诽谤。有关10万令吉的折扣是全国的马赛地供应商给的折扣,而不是经销商,欲购买马赛地S300L的人士都能获得这项折扣。

第四, 原本我们要为全体15名行政议员(包括首席部长)及议长购买马赛地,因为它更安全及稳定。但是买不成,因为其税务太高,也无法获得免税。

再说,马赛地供应商也拒绝给予保证书,保证能免税。首长及行政议员也不愿意在使用没有折扣、必须缴税的马赛地,像登嘉楼政府于2008年及其它州属那样,因为其成本太高。

根据免税的申请程序,申请者必须先购车才申请,一旦免税不被批准,申请者就必须缴税及车价。因为,州政府要供应商保证,如果无法获得免税,州政府分文不付而供应商需拿回有关轿车。供应商不愿保证15辆轿车。

因此,我们为首长、行政议员及议长购买了15辆丰田佳美。供应商在2013年10月31日交货后,马赛地的供应商才发出保证信,但是只保证一辆马赛地S300L。行政议会才在2013年11月20日的行政议会上一致决定,购买马赛地S300L。

第五、免税后,马赛地的售价为29万8263令吉75仙,与原价65万7218令吉有很大的差别,费用减少了35万8954令吉25仙(或56%)。这与18年前1995年9月4日购买马赛地S320L的价格27万1331令吉22仙相去不远。

再说,马赛地的确比较耐用,而旧的马赛地S320L的维修费也比较低。以2004年10月14日购买的国产将相PAC77为例,车价为11万7026令吉36仙。截至2013年,过去9年的维修费达17万8105令吉10仙,高出原售价11万7026令吉36仙。这让州政府损失很多。

至于1995年9月4日以27万1331令吉22仙购买的马赛地S320L,首9年的维修费为11万令吉。而且,马赛地还有二手价值,与其它轿车不同。

莫达莫哈末加益