Surat Kepada Menteri Dalam Negeri(bm/cn)

PSUKPP/21/0752/3(3441/2013)

11 Disember 2013

YB Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid bin Hamidi
Menteri Dalam Negeri,
Kementerian Dalam Negeri,
Aras 12, Blok D1, Kompleks D,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62502 PUTRAJAYA

YB Dato’ Seri,

PERTIMBANGAN VISA SEMASA KETIBAAN (VOA) KEPADA PELANCONG CHINA DAN INDIA YANG TIBA DARI NEGARA KETIGA MEMASUKI PULAU PINANG

Sukacitanya saya ingin menarik perhatian YB Dato’ Seri berhubung perkara di atas.

2. Saya merujuk kepada pengumuman YB Dato’ Seri berhubung kelonggaran sekatan visa bagi pelancong dari India dan China sempena Tahun Melawat Malaysia 2014 baru-baru ini. Saya difahamkan pelancong dari kedua-dua negara ini akan diberikan visa semasa ketibaan atau “Visa On Arrival” (VOA) sekiranya mereka memasuki Malaysia melalui Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), Lapangan Terbang Antarabangsa Johor Bahru, Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching, Sarawak dan Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu, Sabah.

3. Sekiranya perkara ini benar, kami berharap sangat agar Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang (LTAPP) dan Terminal Swettenham Pier Pulau Pinang dapat ditambah untuk sama-sama disenaraikan dalam 4 lapangan terbang yang dinyatakan tersebut. Ini adalah kerana Lapangan Terbang Antarabangsa Bayan Lepas, Pulau Pinang menerima jumlah kedatangan pelancong yang amat menggalakkan sejak tahun 2008.

4. Dalam hal ini, negeri Pulau Pinang berada dalam kedudukan ketiga tertinggi menerima jumlah kedatangan pelancong selepas Kuala Lumpur dan Pahang pada tahun ini dan sebelumnya. Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang juga mencatatkan peningkatan yang menggalakkan di antara yang tertinggi di Malaysia iaitu sebanyak 14% sehingga akhir bulan Oktober 2013 menjadikan jumlahnya adalah seramai 4.4 juta dan dijangka akan terus mencecah 5.5 juta pengguna pada keseluruhan tahun 2013.

5. Selain daripada itu, Kerajaan Negeri juga berharap pemberian VOA ini turut diluluskan kepada pelancong dari negara China dan India yang tiba di Pulau Pinang melalui Terminal Swettenham Pier Pulau Pinang. Ini adalah kerana Terminal Swettenham Pier Pulau Pinang merupakan salah satu pintu masuk ke negeri ini dengan jumlah kemasukan pelancong mencatatkan 102,249 orang pada tahun 2010 – meningkat sebanyak 18.8% pada tahun 2011 iaitu sebanyak 121,504 orang dan mengalami peningkatan yang agak tinggi pada tahun 2012 iaitu sebanyak 74.1% menjadikan jumlah pelancong yang masuk adalah seramai 211,554 orang.

6. Menurut rekod yang diperolehi daripada Kementerian Pelancongan Malaysia, jumlah kapal yang tiba di Terminal Swettenham Pier Pulau Pinang juga turut meningkat iaitu sebanyak 78 buah pada tahun 2010, 132 buah pada tahun 2011 dan 139 buah pada tahun 2012. Kapal-kapal pelayaran mewah seperti Royal Carribean dan Carnival Australia telah merancang untuk melabuhkan kapal mereka di Terminal Swettenham Pulau Pinang pada tahun 2014.

7. Semoga YB Dato’ Seri dapat mempertimbangkan keputusan pemberian VOA ini kepada pelancong dari China dan India yang masuk ke negeri Pulau Pinang dalam usaha untuk membantu negeri ini merancakkan sektor pelancongan serta sasaran Kerajaan Negeri yang bercadang menganjurkan Tahun Melawat Pulau Pinang pada 2015-2017.

Kerjasama dan jasa baik YB Dato’ Seri dalam mempertimbangkan permohonan ini sangat dihargai.

Sekian, terima kasih.

“CEKAP, AKAUNTABILITI, TELUS”
“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”

Yang benar,

LIM GUAN ENG
Ketua Menteri Pulau Pinang

——Mandarin —–

致:内政部长拿督斯里阿末查希

拿督斯里

考虑发出落地签证给通过第三个国家进入槟城的中国及印度公民。

2. 我针对拿督斯里最近宣布配合2014大马旅游年,内政部将放宽印席及中国公民的旅游签证。我明白上述两个国家的公民能够在抵达吉隆坡国际机场、新山士乃国际机场、砂拉越古晋国际机场、沙巴亚庇国际机场后,申请落地签证。

3. 如果这是事实,我们很希望槟城国际机场及瑞典咸港口也能被列入上述入境口名单中。这是因为槟城峇六拜机场自2008年开始便迎接了许多游客。

4. 槟城今年及之前的游客人次居于吉隆坡及彭亨之后,排名第三。槟城国际机场也在2013年10月创下入境游客增长14%、达440万人的记录。预料整个2013年入境机场的乘客人次将破550万。

5. 此外,州政府希望内政部批准,让从瑞典咸码头入境的中国及印度游客申请落地签证。瑞典咸码头是进入槟城的其中一个主要入境关卡,从这个关卡入境的游客人次2010年为10万2249。到了2011年增加18.8%达12万1504, 到了2012年增加74.1%,达21万1554人。

6. 根据大马旅游部的资料显示,2010年到2012年这三年,停靠在槟城瑞典咸码头的邮轮分别为78、132及139艘。这些豪华邮轮如Royal Carribean 以及 Carnival Australia 已经计划在2014年将邮轮停靠在瑞典咸码头。

7. 希望贵部门能够考虑些事,让从槟城入境的中国及印度的游客申请落地签证,以配合州政府计划将2015-2017年列为槟城旅游年,促进槟州的旅游业。

谢谢。

林冠英
槟城首席部长

0 Responses to “Surat Kepada Menteri Dalam Negeri(bm/cn)”


Comments are currently closed.