Seandainya Ketua Pembangkang DUN Pulau Pinang terasa hati secara peribadi kerana saya memanggilnya seorang nenek yang rasis kerana ia terkait dengan gendernya, maka saya akan memanggilnya seorang rasis sahaja.(bm/cn)

Kenyataan Media oleh Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng di KOMTAR, George Town pada 10 Disember 2013

Seandainya Ketua Pembangkang DUN Pulau Pinang terasa hati secara peribadi kerana saya memanggilnya seorang nenek yang rasis kerana ia terkait dengan gendernya, maka saya akan memanggilnya seorang rasis sahaja. Saya memohon maaf kerana menggunakan perkataan ‘nenek’. Namun beliau tetap seorang yang rasis kerana memainkan api kebencian terhadap kaum dan agama melalui pembohongannya, konon saya telah meluluskan penukaran nama Pulau Jerejak menjadi Pulau Mazhu (seorang dewa Cina) kerana saya telah meluluskan tokong Mazhu. Pembohongan ini memainkan sentimen agama sedangkan pulau Mazhu ini tidak wujud pun.

Satu lagi pembohongan beliau ialah apabila bertanyakan kenapa tiada tindakan diambil ke atas 4 gerai tanpa lesen milik pengusaha Cina di Pantai Bersih, dekat Butterworth. Beliau sengaja tidak menyebut bahawa tiada tindakan diambil terhadap lebih 4 pengusaha gerai Melayu tanpa lesen dalam kawasan yang sama. Jelas sekali tidak wujud ‘double standard’ seperti yang didakwa. Kerajaan Negeri Pulau Pinang tidak akan berdiam diri terhadap penipuan yang bertujuan untuk menimbulkan kebencian antara masyarakat kita yang berbilang kaum dan agama.

Lim Guan Eng

===================================

槟城州首席部长林冠英于2013年12月10日在乔治市光大发表的文告

如果槟城反对党领袖惹哈拉对于我称乎她“种族主义婆婆”牵涉到其性别,觉得个人受攻击,,那我将改口称乎她为种族主义份子。我对于使用“婆婆”的字眼道歉。不过她彻底是利用种族及宗教的谎言在制造憎恨及扇风点火的种族主义份子。她慌称我因为批准了妈祖庙,所以批准将木蔻山改名为妈祖岛。这谎言制造了宗教矛盾,但事实上根本没有妈祖岛的存在。

她另一项谎言是质问当局为何没有对北海清洁海滨的4家非法华人摊格采取行动,但是她却选择性的没有提起当局也没有对清洁海滨超过4家的非法马来摊格采取行动。很明显根本就没有所谓双重标准的指控。面对这些刻意在多言宗教及多元种族社会中制造憎恨的谎言,槟州政府不会沉默以待。

林冠英

0 Responses to “Seandainya Ketua Pembangkang DUN Pulau Pinang terasa hati secara peribadi kerana saya memanggilnya seorang nenek yang rasis kerana ia terkait dengan gendernya, maka saya akan memanggilnya seorang rasis sahaja.(bm/cn)”


Comments are currently closed.