Surat Kepada Hishammuddin Mengenai Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang(bm/cn)

PSUKPP/21/0353/3(3288/2013)

26 November, 2013

YB Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein
Pemangku Menteri Pengangkutan
Kementerian Pengangkutan Malaysia
Blok D5, Kompleks D
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62616 PUTRAJAYA

YB Datuk Seri,

1) PERMOHONAN PEMBESARAN LAPANGAN TERBANG ANTARABANGSA PULAU PINANG ATAU PEMBINAAN LAPANGAN TERBANG YANG BARU DI PULAU PINANG

2) KEADAAN KURANG MEMUASKAN DI LAPANGAN TERBANG ANTARABANGSA PULAU PINANG SETIAP KALI HUJAN

Dengan hormatnya saya ingin menarik perhatian YB Datuk Seri berhubung perkara tersebut di atas.

2. Dimaklumkan bahawa kebanjiran pelancong asing dan tempatan ke Negeri Pulau Pinang amatlah memberangsangkan. Pertumbuhan kedatangan pelancong ke negeri ini meningkat dari lapan (8) hingga sembilan (9) peratus pada tahun 2012 ke 14 peratus sehingga Oktober 2013 dengan catatan seramai 4.4 juta orang pelancong untuk tempoh sepuluh (10) bulan pertama tahun ini. Jumlah kedatangan pelancong ke negeri ini dijangka mencapai di antara 5.2 hingga 5.5 juta orang pada akhir tahun ini.

3. YB Datuk Seri sedia maklum bahawa Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang (LTAPP) hanya mampu menampung kapasiti pengguna seramai lima (5) juta orang sahaja. Maka, pihak Kerajaan Negeri Pulau Pinang bimbang dengan jumlah pelancong ke negeri ini yang dijangka terus meningkat lebih sepuluh (10) peratus tahun demi tahun, LTAPP tidak mampu menampung jumlah kedatangan pelancong yang berpusu-pusu di mana akan menyebabkan kesesakan serta keadaan kurang selesa kelak. Ini akan mencemarkan imej antarabangsa negara dan Negeri Pulau Pinang.

4. Sehubungan dengan itu, Kerajaan Negeri Pulau Pinang memohon agar YB Datuk Seri dapat mempertimbangkan agar LTAPP diperbesarkan lagi dengan satu ‘runway’ baru. Ada tanah yang mencukupi di sekitar LTAPP yang sedia ada untuk tujuan tersebut. Kerajaan Negeri sedia untuk berunding dengan pihak YB Datuk Seri berkenaan perkara ini dengan lebih lanjut lagi.

5. Saya juga ingin merujuk kepada masalah banjir kilat dalam LTAPP pada setiap kali hujan lebat. Dalam pada itu, pihak saya juga telah menulis surat kepada YBhg. Tan Sri Dato’ Sri Dr. Wan Abdul Aziz Wan Abdullah, Pengerusi Malaysia Airports Holdings Berhad pada 12 September 2013 (No. Ruj. PSUKPP/21/0957/3(2490/2013) berkenaan masalah tersebut. Bukan itu sahaja, malah tempat letak kereta LTAPP juga dipenuhi air akibat hujan lebat, berkemungkinan besar oleh sistem perparitan yang tidak sempurna.

6. Memandangkan LTAPP merupakan antara lapangan terbang utama negara dan Pulau Pinang adalah destinasi pilihan pelancongan utama, maka saya mengharapkan agar pihak YB Datuk Seri mengambil tindakan segera. Kegagalan mengatasi masalah ini akan memberikan reaksi negatif kepada pengguna serta menjejaskan imej Negeri Pulau Pinang khususnya dan Malaysia amnya.

7. Sehubungan itu, saya berharap YB Datuk Seri dapat memberi perhatian khusus terhadap perkara-perkara yang dibangkitkan oleh pihak saya. Segala kerjasama dan jasa baik YB Datuk Seri amatlah dihargai.

Sekian, terima kasih.

Yang ikhlas,

(LIM GUAN ENG)
Ketua Menteri Pulau Pinang

—-Mandarin —–

致:代交通部长拿督斯里希山慕丁

1)申请扩建槟城国际机场或者在槟城兴建新的机场
(2)关注槟城国际机场逢大雨必成灾的窘境

我谨此要求拿督斯里关注上述事项。

2. 最近前来槟城的国内外游客激增。游客增长率从2012年的8%-9%,增加到2013年10月的14%,今年首10个月估计有440万名游客到来槟城。估计到了年底,槟州游客人次将达520万到550万。

3. 目前,槟城国际机场客流量只能承载500万人次而已。因此,槟州政府担心,槟州游客人次若逐年增长10%,槟城国际机场将没有办法承载日渐增加的客流量,并出现机场阻塞以及让游客不舒服,这样会破坏我国及槟州的国际形象。

4. 此外,槟州政府也要求拿督斯里考虑为槟城国际机场扩建一条新的机场跑道。机场周围拥有足够的土地作此用途。州政府也准备就此事与您进一步洽谈。

5. 我也希望您关注槟城国际机场每逢大雨必成灾的问题。我们已经就此事 于2013年9月12日致函马来西亚机场控股有限公司主席丹斯里拿督斯里旺阿都阿兹 (No. Ruj. PSUKPP/21/0957/3(2490/2013) 。不仅如此,槟城国际机场的停车场也在大雨后积水,这很可能是排水系统不完善造成的。

6. 有鉴于槟城国际机场是国内最重要的机场之一,而槟城也是游客的首选旅游胜地,我希望您能够马上采取行动。如果这样的问题没法解决,它将为机场用户留下负面的印象,同时破坏槟城及我国的形象。

7. 因此,我希望拿督斯里可以关注我所提及的事项。

谢谢。

槟州首席部长林冠英

0 Responses to “Surat Kepada Hishammuddin Mengenai Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang(bm/cn)”


Comments are currently closed.