Surat kepada Datuk Seri Hishammuddin mengenai pengurangan perkhidmatan feri (bm/cn)

PSUKPP/21/0353/3(3179/2013)

15 November, 2013

YB Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein
Pemangku Menteri Pengangkutan
Kementerian Pengangkutan Malaysia
Blok D5, Kompleks D
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62616 PUTRAJAYA

YB Datuk Seri,

MENGHALANG PENANG PORT SDN. BHD. (PPSB) MENGURANGKAN PERKHIDMATAN FERI DI PULAU PINANG DAN MEMULAKAN PROJEK PENGOREKAN DASAR LAUT BERNILAI RM353 JUTA DENGAN SEGERA DEMI MENGELAKKAN PPSB KEHILANGAN SASARAN KEUNTUNGAN SEBANYAK RM100 JUTA PADA TAHUN 2015

Dengan hormatnya saya ingin menarik perhatian YB Datuk Seri berhubung permasalahan serius ini yang dilaporkan oleh akhbar-akhbar tempatan pada 7 November 2013 yang lalu.

2. Memetik kenyataan yang dibuat oleh Pengarah Urusan PPSB, YBhg. Datuk Ahmad Ibnihajar kepada para pemberita pada 6 November 2013 di sebuah majlis rasmi PPSB, adanya rancangan PPSB untuk mengurangkan perkhidmatan feri di Pulau Pinang sebaik sahaja Jambatan Kedua Pulau Pinang beroperasi. Ini berikutan PPSB dijangka bakal kehilangan sasaran keuntungan sebanyak RM100 juta pada tahun 2015.

3. YBhg. Datuk Ahmad Ibnihajar juga menjelaskan bahawa kehilangan tersebut berpunca daripada kelewatan usaha untuk menswastakan PPSB yang menyebabkan beberapa projek utama terpaksa ditangguhkan sementara waktu termasuk kelewatan menjalankan projek pengorekan dasar laut yang bernilai RM353 juta yang menyebabkan kehilangan kontrak dengan Belgian Lhoist Group bernilai RM60 juta.

4. Dalam pada itu, penswastaan PPSB ini telah diumumkan oleh Kerajaan Persekutuan pada tahun 2010 di mana YBhg. Tan Sri Syed Mokhtar Al-Bukhari yang juga pemilik Pelabuhan Tanjung Pelepas dan Pelabuhan Johor telah memenangi pembidaan tersebut. Kegagalan menjalani projek pengorekan dasar laut dan pengurusan Pelabuhan Pulau Pinang yang semakin hilang arah-tuju tentang masa depan, menyebabkan PPSB sebenarnya mengalami kerugian. Ianya dapat dilihat kepada petunjuk di mana kredit cukai sebanyak RM32.2 juta diberi kepada PPSB. Inilah yang membolehkan PPSB mencatat keuntungan RM16.3 juta. Sekiranya tanpa cukai kredit tersebut, PPSB sebenarnya mengalami kerugian sebanyak RM15.9 juta pada tahun 2012.

5. Kerugian yang dialami oleh PPSB terkini serta kemungkinan kehilangan keuntungan sebanyak RM100 juta telah membuatkan PPSB bercadang untuk mengurangkan perkhidmatan feri di negeri ini sebaik sahaja Jambatan Kedua Pulau Pinang beroperasi. Kerajaan Negeri membantah sepenuhnya pengurangan perkhidmatan feri kerana ianya akan mengakibatkan kesesakan lalu lintas apabila semua kenderaan tertumpu ke Jambatan Pulau Pinang atau Jambatan Kedua Pulau Pinang. Tambahan lagi, adanya pengguna lebih gemar menggunakan feri sebagai mod pengangkutan dari Pulau ke Seberang Jaya kerana faktor jarak, maka pengurangan perkhidmatan feri akan menyebabkan berlakunya kesesakan di kedua-dua jeti berikutan kekerapan feri beroperasi telah dikurangkan.

6. Sehubungan itu, kerjasama YB Datuk Seri adalah diharapkan agar dapat memberikan perhatian serius terhadap perkara ini dan diharapkan dapat memaklumkan status penswastaan PPSB kepada saya dengan secepat yang mungkin. Segala perhatian dan jasa baik YB Datuk Seri amatlah dihargai.

Sekian, terima kasih.

Yang ikhlas,

(LIM GUAN ENG)
Ketua Menteri Pulau Pinang

—-Mandarin Version —

致:代交通部长拿督斯里希山慕丁

阻止槟城港口私人有限公司(PPSB)减少渡轮服务,马上进行3亿5300万令吉的海港加深工程,以避免槟城港口私人有限公司在2015年减少1亿令吉的可预计收入。
我谨此希望拿督斯里关注2013年11月7日地方报章所报道的新闻。

2. 根据槟城港口私人有恨公司首席执行员拿督阿末依尼哈加在2013年11月6日在一项官方活动上说,他们计划在槟城第二大桥通车后减少渡轮的服务。估计他们将在2015年减少1亿令吉的可预计收入。

3.拿督阿末依尼哈加也说,上述损失的原因是因为槟城港口私营化进度缓慢,导致几项主要工程被拖延,包括价值3亿5300万令吉的海港加深工程,并导致当局损失一分与比利时Belgian Lhoist Group 6000万令吉的合约。

4. 联邦政府已经 在2010年宣布槟城港口的私营化计划,丹斯里赛莫达已经赢得竞标,他也拥有柔佛丹绒柏勒巴斯码头及柔佛港口。当局没有加深港口,槟城港口也不确定其未来的发展方向,导致港口事实上面对亏损。这从槟城港口获得豁免税务3220万令吉可以看出。这让港口取得1630万令吉的盈利。如果把税务计算进去,事实上,槟城港口在2012年亏损1590万令吉。

5. 由于槟城港口面对亏损,并可能损失1亿令吉,导致他们建议在槟城第二大桥通车后减少渡轮服务。州政府反对减少渡轮服务,因为这将导致交通阻塞,到时全部车辆将会涌到槟城大桥或槟城第二大桥。 再说,一些使用者更加喜欢使用渡轮往返槟岛与威省以缩短距离,因此,若减少渡轮班次,将导致两个码头的交通阻塞。

6. 我们希望拿督斯里能关注这件事,并尽快让我知道有关港口私营化的情况。谢谢

林冠英
槟州首席部长