University of Hull Will Establish Their School Of Engineering, Law, Accountancy and Logistics In A 5-Acre Site In Batu Kawan, Penang (en/bm)

Press Conference Statement By Penang Chief Minister Lim Guan Eng On The tie-up between PKT Logistics and University of Hull, United Kingdom on 24th September 2013 at 12.30pm Komtar, George Town

Penang will achieve another feather in the cap with the availability of courses in engineering, business, law and accountancy offered by the prestigious University of Hull, United Kingdom in Penang, thus reinforcing Penang’s role as a regional education hub. Construction is expected to commence in 2014 and courses are expected to begin by the latest 2017.

PKT Logistics Sdn Bhd, through its subsidiary, is expected to sign a franchise agreement with the University of Hull, UK in early October. This education project called ‘The Ship Campus’ is a component of PKT’s One Auto Hub in Batu Kawan, that has been approved by the State Government through its agency, PDC.

The Chairman of PKT Datuk Wira Jalilah Baba has informed me that One Auto Hub will comprise of several components such as automotive logistics facilities, warehouse, The Ship Campus, Lighthouse Hotel, pavilion, jetty and mangrove walk or animal sanctuary.

In leveraging on the demand of existing industries in Penang, The Ship Campus will cover pre-U programmes, degree and post-graduate studies in the following faculties:

– electrical and electronics engineering
– mechanical engineering
– business studies
– logistics studies
– accountancy
– Law

The above faculties/courses are subjected to the final approval of the Ministry of Education Malaysia. The state government requires that degree courses conducted by Hull University in United Kingdom be recognised by the Malaysian government. Datuk Wira Jalilah states that the Federal government sponsors scholarship students to Hull University. The University of Hull,Penang campus will be sited on a 5 acre piece of land in Batu Kawan.

PKT Logistics Sdn Bhd hopes that these courses will be offered at reasonable rates to train the future pool of human talent to help Penang and Malaysia escape the middle-income trap and transform into a high-income economy. The focus on education will address the call by the Malaysian Government in providing sufficient supply of skilled manpower as required by the various industries in Malaysia.

The presence of the University of Hull UK is a boost to the rapid development of Batu Kawan as its 3rd satellite modern township in Penang. Penang is strategically located with good infrastructure, strong manufacturing base, supply chain network and logistics infrastructure and established airport cargo and port facilities.

There is a strong presence of Multi-National Corporations(MNCs) which requires skilled workforce. The proposed development of the services sector and establishing of the Business Outsourcing Process hub requires highly trained local workforce in specialised fields, not foreign workers. Therefore, the courses offered by The University of Hull degree within The Ship Campus is timely.

LIM GUAN ENG

—– BM Version —–

Kenyataan Akhbar Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng Berkenaan kerjasama antara PKT Logistik dan University of Hull, United Kingdom pada 24 September 2013 Pada 12:30 Komtar, George Town

University of Hull Akan Membina Fakulti Kejuruteraan, Undang-Undang, Perakaunan dan Logistik di Tapak 5 ekar di Batu Kawan, Pulau Pinang

Pulau Pinang akan mencapai satu lagi kejayaan dengan adanya kursus-kursus dalam bidang kejuruteraan, perniagaan, undang-undang dan perakaunan yang ditawarkan oleh Universiti of Hull, United Kingdom yang berprestij di Pulau Pinang, dengan itu mengukuhkan peranan Pulau Pinang sebagai hab pendidikan serantau. Pembinaan dijangka bermula pada 2014 dan kursus-kursus yang dijangka bermula seawal 2017.

PKT Logistics Sdn Bhd, melalui anak syarikatnya, dijangka menandatangani perjanjian francais dengan University of Hull, UK pada awal Oktober. Projek pendidikan yang dikenali sebagai “The Ship Campus” adalah komponen PKT One Auto Hub di Batu Kawan, yang telah diluluskan oleh Kerajaan Negeri melalui agensinya, PDC.

Pengerusi PKT, Datuk Wira Jalilah Baba telah memaklumkan kepada saya bahawa One Auto Hub akan terdiri daripada beberapa komponen seperti kemudahan logistik automotif, gudang, Kampus Kapal, Lighthouse Hotel, pavilion, jeti dan laluan pejalan kaki di kawasan bakau atau santuari.

Bagi memanfaatkan permintaan industri sedia ada di Pulau Pinang, The Ship Campus akan merangkumi program-program pra-U, ijazah dan lepasan ijazah melalui fakulti berikut:

– Kejuruteraan elektrik dan elektronik
– Kejuruteraan mekanikal
– Pengajian perniagaan
– Pengajian logistik
– Perakaunan
– Undang-undang

Fakulti / kursus di atas adalah tertakluk kepada kelulusan akhir daripada Kementerian Pendidikan Malaysia. Kerajaan negeri memohon kursus ijazah yang dijalankan oleh Universiti Hull di United Kingdom diiktiraf oleh kerajaan Malaysia. Datuk Wira Jalilah menyatakan bahawa kerajaan Persekutuan menaja biasiswa ke Universiti of Hull. University of Hull, kampus Pulau Pinang akan dibina di atas sebidang tanah berkeluasan 5 ekar tanah di Batu Kawan.

PKT Logistics Sdn Bhd berharap kursus-kursus ini akan ditawarkan pada kos yang berpatutan untuk melatih kelompok sumber insan bagi membantu Pulau Pinang dan Malaysia keluar daripada perangkap berpendapatan sederhana dan berubah menjadi sebuah ekonomi berpendapatan tinggi. Tumpuan kepada pendidikan adalah selari dengan seruan Kerajaan Malaysia dalam menyediakan bekalan tenaga mahir yang diperlukan oleh pelbagai industri di Malaysia.

Kehadiran University of Hull UK merupakan rangsangan kepada perkembangan pesat Batu Kawan sebagai bandar moden satelitnya ke-3 di Pulau Pinang bagi melengkapkan kedudukan Pulau Pinang yang strategik dengan infrastruktur yang baik, asas pembuatan kukuh, rangkaian rantaian bekalan dan infrastruktur logistik dan kargo lapangan terbang yang mantap dan kemudahan pelabuhan.

Kehadiran kukuh Syarikat Multi-Nasional (MNC) memerlukan tenaga kerja mahir. Cadangan pembangunan sektor perkhidmatan dan mewujudkan satu hub Business Outsourcing Process memerlukan tenaga kerja tempatan yang terlatih dalam bidang-bidang khusus, bukan pekerja asing. Oleh itu, kursus-kursus yang ditawarkan oleh Universiti Hull melalui The Ship Campus adalah tepat pada masanya.

LIM GUAN ENG