Kerajaan Persekutuan BN Menipu Rakyat Dengan Menafikan Ia Mengamalkan Diskriminasi Cukai “Satu Negara Dua Sistem” Yang Hanya Memberikan Insentif Cukai 15% Kepada Pakar Warga Asing Dan Rakyat Malaysia Yang Pulang Di Kawasan Wilayah Pembangunan Iskandar Sahaja Dan Bukan Seluruh Negara.(bm/CN)

Kenyataan Akhbar Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng Di Komtar, George Town Pada 24.7.13.

Kerajaan Persekutuan BN menipu rakyat dengan menafikan ia mengamalkan diskriminasi cukai “satu negara dua sistem” yang hanya memberikan insentif cukai 15% kepada pakar warga asing dan rakyat Malaysia yang pulang di kawasan Wilayah Pembangunan Iskandar sahaja dan bukan seluruh Negara. Tidak ada lojik mengapa ia tidak boleh dinikmati di Sabah, Sarawak dan negeri lain. Bukankah Sabah, Sarawak serta negeri lain perlukan juga pakar-pakar berpengetahuan?

Dalam satu jawapan bertulis kepada saya di Parlimen, YAB Menteri Kewangan menyatakan bahawa cukai insentif 15% ini adalah perlu untuk bersaing dengan kadar cukai rendah di negara jiran seperti Singapura(15%) dan Hong Kong(17%). Beliau menekankan cukai insentif 15% bukanlah “satu sistem dua Negara” kerana ia hanya dinikmati untuk tempoh 5 tahun dan akan bayar kadar 25% selepas itu.

Jawapan ini menunjukkan bahawa cukai insentif semata-mata untuk Iskandar berlaku tidak adil kepada negeri-negeri lain seakan-akan negeri-negeri tersebut termasuk Sabah dan Sarawak bukanlah sebahagian daripada Persekutuan Malaysia. Jawapan berikut:-

PEMBERITAHUAN PERTANYAAN
DEWAN RAKYAT, MALAYSIA
DARIPADA : Y.B. TUAN LIM GUAN ENG
PERTANYAAN : LISAN
TARIKH : 15.07.2013
Y.B. TUAN LIM GUAN ENG (BAGAN) minta MENTERI KEWANGAN menyatakan sama ada cukai peribadi 15% di zon Iskandar sahaja untuk Returned Expatraite Programme (REP) akan diperluaskan di seluruh negara dan juga kepada pakar-pakar tempatan yang tidak berhijrah ke luar negeri agar tidak ada kejanggalan satu negara dua sistem. Berapakan pakar yang pulang di bawah REP dan dalam kepakaran apa.

JAWAPAN

Tuan Yang di-Pertua,

Untuk makluman Yang Berhormat, Program Kepulangan Pakar (Returning Expert Programme {REP}) telah disediakan oleh Kerajaan kepada golongan profesional Malaysia yang berkhidmat di luar negara supaya pulang berkhidmat di dalam negara. Ini merupakan insentif bagi memudahcara (facilitation) kepulangan profesional Malaysia. Program REP adalah satu inisiatif kerajaan untuk meningkatkan sumber modal insan berkemahiran tinggi yang mencukupi bagi memenuhi keperluan tenaga kerja mahir bagi melaksanakan program pembangunan negara di bawah Program Transformasi Ekonomi (ETP). Untuk penjelasan, insentif REP adalah terbuka kepada pakar yang balik ke Malaysia dan bekerja di negara dan tidak dihadkan kepada mana-mana negeri. Selain itu, insentif cukai 15% juga ditawarkan kepada pekerja berpengetahuan warga asing dan rakyat Malaysia yang pulang dari luar negara di Wilayah Pembangunan Iskandar Malaysia yang dapat menambah nilai kepada lapan sektor perkhidmatan di Wilayah Pembangunan Iskandar Malaysia. Objektif insentif ini adalah untuk menarik tenaga pakar asing dan tempatan untuk menetap dan bekerja di Iskandar Malaysia supaya dapat bersaing dengan bandaraya-bandaraya pesaing kadar cukai efektif seperti negara jiran Singapura (15%) dan Hong Kong (17%). Ianya juga selaras dengan hasrat Iskandar Malaysia menjadi bandaraya metropolis yang mampan dan dinamik pada tahun 2025 di bawah Rancangan Pembangunan Komprehensif untuk Wilayah Ekonomi Johor Selatan.

Insentif cukai 15% untuk REP telah ditawarkan untuk menambahkan bilangan cukai modal insan berkemahiran tinggi di Malaysia. Langkah ini penting untuk menyokong pertumbuhan pelaburan terutamanya ke arah merealisasikan peralihan industri ke aktiviti rantaian nilai tinggi. Dari segi kehilangan hasil cukai, ia adalah terhad memandangkan individu yang memohon untuk REP sedang bekerja di luar negara dan belum lagi membayar cukai pendapatan di Malaysia. Tambahan pula, insentif cukai hanya ditawarkan untuk permohonan yang diterima sehingga bulan Disember 2020 untuk mempercepatkan kepulangan pekerja berpengetahuan ke Malaysia agar dapat turut serta memajukan dan membantu Malaysia mencapai negara berpendapatan tinggi dan negara maju. Insentif cukai diberikan sebagai bantuan peralihan (transition) yang terhad kepada pakar berkenaan di mana tempoh yang dinikmati hanya lima tahun sahaja kepada seorang pakar. Setelah tamat tempoh ini, pakar berkenaan akan membayar cukai pada kadar yang sama dengan lain-lain pakar yang telah berkhidmat di Malaysia. Dengan itu, tidak timbul dakwaan dua sistem di bawah program REP. Kerajaan tidak bercadang memperluaskan insentif ini kepada pakar yang telah berada di Malaysia kerana akan melibatkan kehilangan hasil cukai memandangkan mereka merupakan pembayar cukai sedia ada. Sekiranya peluasan dibuat, ia tidak memberi impak kepada penambahan bilangan modal insan berkemahiran tinggi di Malaysia yang menjadi objektif insentif ini.

Program ini telah menerima respon yang amat menggalakkan. Ini dapat dilihat dari segi peningkatan bilangan profesional yang telah diberi kelulusan insentif REP dari tahun ke tahun. Pada tahun 2011, bilangan profesional yang balik adalah 680 orang manakala dalam tahun 2012, seramai 923 orang telah mendapat kelulusan. Pada tahun 2013 pula, seramai 419 orang telah mendapat kelulusan setakat Mei 2013.

Bidang-bidang kepakaran yang diceburi pula terdiri daripada sektor di bawah bidang Ekonomi Utama Negara (NKEA) khususnya sektor perkhidmatan kewangan, perkhidmatan perniagaan, minyak, gas dan tenaga, kandungan komunikasi dan infrastruktur dan elektrik dan elektronik. Antara golongan yang kembali berkhidmat termasuklah para profesional yang berkualiti tinggi yang kini telah dilantik sebagai Ketua Pegawai Eksekutif di syarikat tersenarai serta sebagai anggota pengurusan terkanan di syarikat multinasional.

—–Mandarin Version—–

槟州首席部长林冠英于2013年7月24日在乔治市光大发表声明:

国阵联邦政府欺骗国民,否认“一国两制”收税歧视,事实上联邦政府只限制在依斯干达特区发展计划工作及居住的国内外专才享有15%所得税纳税率,而非全国各地。

国阵联邦政府欺骗国民,否认 “一国两制”税收歧视,但联邦政府只限制在依斯干达特区发展计划工作及居住的国内外专才享有15%所得税纳税率,而非全国各地。沙巴、砂拉越和其他州属没享有这项优惠是不合逻辑的,难道其他州属都不需要专才?

财政部长在国会回答我的书面问题时表示,15%所得税纳税率是为了与邻国的低所得税纳税率竞争,如新加坡(15%)和香港(17%)。他强调15%的所得税纳税率并非“一国两制”,因为有关专才只享有首5年的15%所得税纳税率,之后也得纳税25%。

这证明有关纳税率优惠纯为依斯干达特区而设。对其他州属不公平,尤其不属联邦的沙巴和砂拉越。
峇眼区国会议员林冠英于2013年7月15日在国会的书面问题:

要求财政部长解释15%所得税纳税率优惠是否只限于依斯干达特区和“专才回流计划”(REP),这项优惠会否扩展至那些没有移民海外的本地专才,以证明政府并没实施一国两制。“专才回流计划”至今获得多少人响应,属于什么专才领域?

答案:
政府实施“专才回流计划”(REP)是激励海外专才回国服务的措施,这是政府在增加知识型人力资源以便为我国经济转型计划做出贡献。“专才回流计划”开放予所有海外回流的国民,无州属限制。此外,15%所得税纳税率优惠提供予在依斯干达特区发展计划工作及居住的国内外专才,为依斯干达特区发展计划8项服务领域增值。这项优惠宗旨为提高依斯干达特区的竞争力,与邻国的低所得税纳税率竞争,如新加坡(15%)和香港(17%),这符合综合发展规划所拟定的目标,2025年打造依斯干达特区为柔佛南部经济区的活力繁荣大都市。

“专才回流计划”下享有的15%纳税率是为了增加国家成熟知识型专才,支援大马迈向高价值连锁工业。这项优惠只限于在海外工作和还没缴交个人所得税的国民,申请限期为2020年12月,以加速我国达致高收入国和先进国的目标。这项优惠政策只是过渡期的辅助,有关专才只享有首5年的优惠,届满后,有关专才就如其他在我国服务的专才缴交一样的纳税率,因此,“人才回流计划”实行一国两制的指控并不成立。

政府并不打算扩展这项奖掖给已在我国服务的专才,他们已是现有纳税人,这将使国家流失税收。若扩展这项奖掖优惠,将无法对增加知识型专才回国服务的目标带来任何效应。

这项计划成绩鼓舞人心,每年在“专才回流计划”下获得批准的人数都在增加。2011年有680名专才回流、2012年共有923人获得批准,截至2013年5月已批准419宗申请。

专才回流后主要投身于国家关键经济领域(NKEA),包括金融服务、商业服务、石油和天然气、资讯、通讯工业及电子领域等,也有高素质回流专才获委为上市公司的首席人员,与及跨国公司高级管理人员。