Kerajaan Negeri Pulau Pinang Meminta Kerajaan Persekutuan Untuk Membuat Tender Semula Secara Terbuka Ke Atas Penswastaan Pelabuhan Pulau Pinang(bm/cn)

Kenyataan Media oleh YAB Lim Guan Eng, Ketua Menteri Pulau Pinang merangkap Ahli Parlimen Bagan pada 9.7.2013 di Komtar, George Town, Pulau Pinang

Kerajaan Negeri Pulau Pinang meminta Kerajaan Persekutuan untuk membuat tender semula secara terbuka ke atas penswastaan Pelabuhan Pulau Pinang kerana kontrak dengan Seaport Terminal (Johor) Sdn. Bhd. masih belum dimuktamadkan hampir dua(2) tahun selepas ia diberikan.

Ini adalah berikutan dengan Jawapan Lisan yang diberikan oleh Menteri Pengangkutan di Dewan Rakyat pada 2 Julai 2013 seperti yang berikut:

PEMBERITAHUAN PERTANYAAN DEWAN RAKYAT

PERTANYAAN : BAGI JAWAB LISAN

DARIPADA : TUAN LIM GUAN ENG (BAGAN)

TARIKH : 2 JULAI 2013 (SELASA)

SOALAN : 50

Tuan Lim Guan Eng (Bagan) minta MENTERI PENGANGKUTAN menyatakan status projek mendalamkan dasar laut RM353 juta dan program penswastaan Pelabuhan Pulau Pinang dengan butir-butir tender, adakah ia dijalankan secara terbuka atau akan ditender semula.? Apakah status menaiktaraf perkhidmatan feri serta pembinaan semula projek RM43 juta Tanjung City Marina yang tenggelam dalam laut?

Penswastaan Pelabuhan Pulau Pinang melalui pemilikan ekuiti dalam syarikat Penang Port Sdn. Bhd. telah dilaksanakan melalui tender terhad oleh Unit Kerjasama Awam Swasta (UKAS). Bagi maksud itu, hanya syarikat yang berpengalaman dan mempunyai kepakaran dalam menguruskan operasi pelabuhan serta mempunyai keupayaan pelaburan dan kewangan dijemput untuk menyertai tender tersebut. Selain itu, rundingan dengan syarikat yang berjaya sedang dimuktamadkan. Oleh yang demikian, persoalan untuk membuka tender semula adalah tidak berbangkit.

Berkenaan dengan projek mendalamkan Pelabuhan Pulau Pinang serta semua aspek mengenai perkhidmatan feri, ianya menjadi tanggungjawab syarikat yang akan mengambil alih pengurusan Pelabuhan Pulau Pinang kelak.

Mengenai kenyataan YB Bagan bahawa Tanjung City Marina telah tenggelam dalam laut, adalah tidak benar. Kejadian hujan ribut serta angin kencang yang luar biasa pada tahun 2011 yang lepas, telah menyebabkan banyak kerosakan kepada pontoon-pontoon marina. Namun, prasarana di bahagian darat Tanjung City Marina tidak terjejas. Walau bagaimanapun, kerja-kerja baikpulih terhadap pontoon-pontoon tersebut telah dilaksanakan tetapi kerosakan masih berulang. Oleh yang demikian, tindakan telah diambil oleh Suruhanjaya Pelabuhan Pulau Pinang untuk mendaratkan pontoon yang rosak dan hanyut. Ianya bagi mengelakkan kemalangan kepada kapal-kapal yang lalu di kawasan tersebut. Selain itu, usaha membaikpulih serta memasang semula pontoon-pontoon di kawasan tersebut juga sedang dilaksanakan.

槟州首席部长兼峇眼区国会议员林冠英于2013年7月9日在槟城乔治市光大发表的声明:

槟州政府要求联邦政府就私营化槟城港口一事重新公开招标,因为2年前发给赛莫达所拥有的 Seaport Terminal (Johor) Sdn Bhd 之合约,迄今尚未有任何的定案。
_____________________________________________________________________

槟州政府要求联邦政府就标私营化槟城港口一事重新公开招,因为2年前发给赛莫达所拥有的 Seaport Terminal (Johor) Sdn Bhd 之合约,迄今尚未有任何的定案。

随着交通部长于2013年7月2日在国会下议院口头回答后,槟州政府提出的看法。

以下为国会下议院于2013年7月2日的口头回答:
提问者:峇眼区国会议员林冠英

峇眼区国会议员林冠英要求交通部长说明:槟城港口耗资3亿5300万令吉挖深海床计划的进展,以及槟城港口私营化的招标详情,包括是否公开招标,或会否重新招标。渡轮服务的提升计划进展如何,以及重建总值4千300万令吉沉入海中的丹绒游艇中心的进展。

答:槟城港口有限公司透过股权拥有方式展开的私营化槟城港口计划,经由首相署公共-私人合伙单位(Unit Kerjasama Awam-Swasta, UKAS) 以有限制竞标方式执行。这意味着,只有那些具备经验、拥有管理码头能力及具备财力的公司,才能受邀参与有关的竞标。此外,与成功获标公司的会谈尚在最后定案中。因此,重新招标的疑问并不存在。

针对挖探槟城港口海床,以及其他如渡轮服务的课题,这将会是往后接管槟城港口的公司之责任。.

而峇眼区国会议员针对丹绒游艇中心沉进海中的言论,这是不正确的。在2011年发生的反常风灾,导致码头的浮桥损坏。虽然如此,在丹绒游艇中心陆上的基建并没有受到任何影响。无论如何,浮桥的修复工作经已展开,但是有关有损坏依然会重演。因此,槟城港务局将会采取相关的措施以将破损的浮桥移上岸,以避免路过该处的船只发生意外。目前当局也正在重新装置及修复浮桥。