Is Ahmad Zahid Hamidi Willing To Engage In A Public Debate With Either Me, Lim Kit Siang Or PR Leader Dato Seri Anwar Ibrahim (en/bm/cn)

Press Statement By DAP Secretary-General Lim Guan Eng And MP For Bagan In Kuala Lumpur On 21.5 2013

Is Ahmad Zahid Hamidi Willing To Engage In A Public Debate With Either Me, Lim Kit Siang Or PR Leader Dato Seri Anwar Ibrahim Whether His Extremist And Divisive Remarks Is Democratic And Part Of National Reconciliation After The General Elections?

Will Home Minister Dato Seri Ahmad Zahid Hamidi prove his courage and willingness to face DAP leader and MP for Geylang Patah Lim Kit Siang’s censure motion by giving a full day parliamentary debate? Lim Kit Siang had announced that he would move a censure motion against Ahmad unless the Home Minister apologises for asking Malaysians not wanting to accept Malaysia’s existing general election system and preferred another system to migrate to another country.

It is meaningless for Ahmad to state that he is willing to face DAP or PR in Parliament if insufficient parliamentary time is given. Ahmad is only arrogant or brave in front of BN media and TV cameras when threatening hapless Malaysiakini journalists. Is he willing to engage in a public debate with either me, Lim Kit Siang or PR leader Dato Seri Anwar Ibrahim whether his extremist and divisive remarks is democratic and part of national reconciliation after the general elections.

Malaysians recorded a historic voter turnout of 80% in the 13th General Elections to defy and defeat money politics, fear and lies. Despite PR increasing our popular vote by nearly 4% in winning the popular vote of 51% compared to only 47% for BN, BN won government. The victory margin was even larger in Peninsular Malaysia of 53% for PR against 45% for BN. PR won 55% of the popular vote in Perak yet lost power.

Malaysia has a minority BN government in Putrajaya, a minority BN Prime Minister and minority BN Perak Menteri Besar. The people have a right to ask what type of democracy is there in Malaysia that permits a minority to rule over a majority. Instead of responding to public calls for polls reforms to respect the “one-person, one-vote, one-value” principle, Ahmad Zahid is taking an autocratic and hard-line approach to crack down on dissent.

Instead of getting the police to focus back on their core business of fighting criminals, Ahmad prefers the police to arrest PR leaders who have not stolen or harmed the rakyat. Crime has escalated to a serious crisis until even the homes of sisters of Deputy Prime Minister Tan Sri Muhyidin Yasin in Petaling Jaya and IGP Tan Sri Khalid Abu Bakar in Mantin, Negeri Sembilan, are victims of crimes experiencing break-ins over the weekend. The time has come for the police to fight crime and not fight BN’s battles against PR.

Utusan Malaysia The Enemy Of Press Freedom And Fundamental Human Rights Of Freedom Of Expression.

BN has still not learnt the lessons of their defeat in the 13th General Elections and has refused to listen to the people preferring to rely on fear, hatred and lies to oppress, repress and suppress the rakyat’s aspirations for freedom, hope and equal opportunity. Using race and religion no longer works as every Malaysian know that this is to cover up massive corruption by BN.

DAP is shocked at the thuggish behavior of Utusan Malaysia journalists at the one-man protest by former Utusan Malaysia senior reporter Hata Wahari yesterday in front of his former employer’s headquarters. Where is press freedom and freedom of expression when Utusan Malaysia journalists can physically harass Hata Wahari not just with boos and racist abuse but also hurled two packets of fried bihun at him ?

Utusan Malaysia should adopt the right of any citizen to disagree and allow Hata to continue with his peaceful protests stated in a large banner with the words, ‘Message to Utusan chief editor: Stop irresponsible reporting. Uphold journalistic ethics. Don’t spoil Utusan’s future for self-interest. Don’t be a racist reporter’.Utusan Malaysia no longer believes in press freedom except the freedom to lie against PR. I have brought many legal defamation suits against Utusan and have won every case against them.

From a paper that once fought for freedom, Utusan Malaysia has now shamefully degenerated into becoming an enemy of press freedom, racial harmony, truth and fundamental human rights of freedom of expression. How can a journalist physically harass another journalist? Only in North Korea can Utusan Malaysia be welcomed in suppressing, oppressing and repressing press freedom.

LIM GUAN ENG

—–BM version —-

Kenyataan Media oleh Setiausaha Agung DAP merangkap Ahli Parlimen Bagan, Lim Guan Eng di Kuala Lumpur pada 21 Mei 2013.

Adakah Zahid Hamidi Berani Untuk Berdebat Secara Terbuka Sama Ada Dengan Saya, Lim Kit Siang Atau Pemimpin Pakatan Rakyat Dato Seri Anwar Ibrahim Untuk Menentukan Sama Ada Kenyataan Ekstrimis Dan Memecahbelah Beliau Adalah Demokratik Dan Sebahagian Daripada Rekonsiliasi Nasional Selepas Pilihan Raya Umum?

Adakah Menteri Dalam Negeri, Dato Seri Ahmad Zahid Hamidi membuktikan keberanian beliau untuk menyahut cabaran usul celaan pemimpin DAP merangkap Ahli Parlimen Gelang Patah Lim Kit Siang dengan mengadakan perdebatan parlimen sehari penuh? Lim Kit Siang telah mengumumkan bahawa beliau akan mengemukakan usul celaan terhadap Ahmad Zahid kecuali sekiranya Menteri Dalam Negeri itu meminta maaf kerana meminta rakyat Malaysia yang tidak mahu menerima sistem pilihan raya sedia ada di Malaysia dan mahukan sistem yang lain untuk berhijrah ke negara lain itu.

Tidak ada makna bagi Ahmad Zahid menyatakan bahawa beliau berani berdepan dengan DAP dan Pakatan Rakyat di Parlimen sekiranya masa yang diberi tidak mencukupi. Ahmad Zahid hanyalah bongkak dan berani di depan media BN dan kemera TV apabila mengugut wartawan Malaysiakini. Adakah beliau berani untuk berdebat secara terbuka dengan saya atau Lim Kit Siang atau pemimpin Pakatan Rakyat Dato Seri Anwar Ibrahim bagi menunjukkan sama ada kenyataannya yang ekstremis dan memecahbelah itu bersifat demokratik dan sebahagian daripada rekonsiliasi nasional selepas pilihan raya umum.
Rakyat Malaysia mencatatkan jumlah keluar mengundi bersejarah sebanyak 80% dalam PRU ke 13 demi melawan dan mengalahkan politik wang, ketakutan dan pembohongan. Walaupun Pakatan Rakyat berjaya meningkatkan undi popular sebanyak hampir 4% sehingga menang undi popular sebanyak 51% berbanding hanya 47% di pihak BN, BN masih memenangi kerajaan. Margin kemenangan malah lebih besar di Semenanjung Malaysia dengan 53% mengundi Pakatan Rakyat berbanding 45% untuk BN. Pakatan Rakyat menang 55% undi popular di Perak, tetapi tetap tidak memenangi kerajaan.

Malaysia mempunyai kerajaan minoriti BN di Putrajaya, Perdana Menteri minoriti BN dan Menteri Besar minoriti BN di Perak. Rakyat ada hak untuk menyoal demokrasi jenis apa yang ada di Malaysia yang membenarkan kekuasaan minoriti ke atas majoriti. Sebalik memberi jawapan kepada tuntutan umum terhadap reformasi pilihanraya supaya menghormati pinsip ‘satu orang, satu undi, satu nilai’, Ahmad Zahid mengambil pendekatan autokratik dan keras bagi menghukum mereka yang berani bertingkah.

Di sebalik meletakkan fokus pihak polis terhadap kerja asas mereka untuk membasmi jenayah, Ahmad Zahid lebih suka sekiranya pihak polis menangkap pemimpin Pakatan Rakyat yang tidak pernah mencuri ataupun menyakiti rakyat. Jenayah telah meningkat menjadi sebuah krisis yang amat serius hatta rumah saudara mara Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yasin di Petaling Jaya dan Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar di Mantin, Negeri Sembilan pun telah menjadi mangsa jenayah pecah masuk dalam hujung minggu lalu. Masanya telah tiba untuk pihak polis memerangi jenayah dan bukan mengambil bahagian dalam peperangan BN terhadap Pakatan Rakyat.

Utusan Malaysia Adalah Musuh Kebebasan Akhbar Dan Hak Asasi Manusia Untuk Bebas Bersuara.

BN masih tidak belajar daripada kekalahan mereka dalam PRU ke 13 dan enggan mendengar suara hati nurani rakyat, dan memilih untuk bergantung kepada ketakutan, kebencian dan penipuan untuk terus menindas dan membungkam aspirasi rakyat yang mahukan kebebasan, harapan dan peluang saksama. Menggunakan kaum dan agama sudah tidak lagi berkesan kerana setiap orang Malaysia tahu bahawa itu hanyalah suatu topeng untuk menutup korupsi besar-besaran BN.

DAP sangat terkejut dengan tingkah laku samseng yang diperlihatkan wartawan utusan Malaysia terhadap protes sendirian bekas wartawan senior Utusan Malaysia, Hata Wahari di depan ibu pejabat bekas majikannya semalam. Di mana kebebasan akhbar dan kebebasan bersuara apabila wartawan Utusan Malaysia boleh membuat gangguan fizikal terhadap Hata Wahari, bukan sahaja dengan olokan dan ejekan perkauman malah melontar dua bungkus bihun goreng kepadanya.

Utusan Malaysia patut menerima hak mana-mana individu untuk tidak bersetuju dan membenarkan Hata untuk meneruskan protes aman beliau yang diletakkan dalam ayat-ayat kain rentang beliau, ‘Mesej untuk ketua pengarang Utusan, hentikan kewartawanan tidak bertanggungjawab. Julang etika kewartawanan. Jangan rosakkan masa depan Utusan demi kepentingan sendiri. Jangan jadi wartawan rasis’. Utusan sudah tidak lagi percaya dengan kebebasan akhbar kecuali kebebasan untuk berbohong terhadap Pakatan Rakyat. Saya telah membawa banyak saman fitnah terhadap Utusan dan telah memenangi setiap satu saman tersebut.

Daripada sebuah akhbar yang pernah memperjuangkan kebebasan, Utusan Malaysia telah dengan begitu memalukan mereput menjadi musuh kebebasan akhbar, keharmonian kaum, kebenaran dan hak asasi manusia untuk bebas bersuara. Bagaimana boleh seorang wartawan membuat gangguan fizikal terhadap wartawan lain? Hanya di Korea Utara sahaja Utusan Malaysia mungkin boleh dialu-alukan untuk membungkam, menekan dan menindas kebebasan akhbar.

LIM GUAN ENG

—–Mandarin Version —

民主行动党秘书长及峇眼国会议员林冠英于2013年5月21日在吉隆坡发表的文告。

阿末扎希是否愿意与我或林吉祥还是民联领袖拿督斯里安华来一场公开辩论,以证明他那极端又分裂人民的言论是否真的符合选举后所谓的民主与全民和解?

内政部长拿督斯里阿末扎希是否有勇气愿意面对行动党领袖及振林山国会议员林吉祥所要提出的不信任动议,来一场全天的国会辩论?林吉祥已经宣布要提议针对阿末扎希的不信任动议,除非内政部长能对他自己要求大马人如果不接受马来西亚现行的选举制度就移民他国的言论而道歉。

阿末在没有说出具体招开国会的日期下,称愿意在国会面对行动党及民联是毫无意义的。阿末只有在国阵媒体及电视镜头前的时候才尽显霸道及勇态毕露的威胁倒大霉的《当今大马》新闻从业员。阿末扎希是否愿意与我或林吉祥还是民联领袖拿督斯里安华来一场公开辩论,以证明他那极端又分裂人民的言论是否真的符合选举后所谓的民主与全民和解。

大马人创下历史,高达80%的选民在第13届大选挺身而出拒绝及击败金钱政治、恐惧与谎言。民联虽然在本届大选的总得票率增加了4%,并且以51%赢得了选举的总得票率,但是相对只获得47%的国阵却赢得了执政权。在马来半岛的胜利差距更为显著,民联获票高达53%,国阵则只有45%。在霹雳民联赢得了55%的州总得票率,但仍然失去执政该州的权力。

马来西亚在布城拥有一个少数政府、少数首相及少数霹雳国阵州务大臣。人民有权力质问在马来西亚允许少数统治多数,到底是哪门子的民主。阿末扎希不去听从人民意愿进行选举改革,以尊重“一人、一票、一等值”的民主原则,反倒过来以独裁及强硬的态度对付异议。

阿末不去要求警方回归他们的正业,专注打击罪案,反倒过来选择要警方逮捕不偷不抢的民联领袖。治安问题已经成为危机,即使是副首相丹斯里慕尤丁及全国总警长丹斯里卡立双双的胞妹也分别在八打灵再也及森美兰文丁的住家被入贼行窃。如今,警方是时候打击罪案,而不是帮国阵打战以对付民联。

《前锋报》是新闻自由及言论自由基本人权的敌人。

国阵仍然无法从第13届大选的失败中吸取教训,拒绝聆听人民的声音,反倒过来以恐惧、仇恨及谎言来压迫、镇压及压制人民祈求自由、希望及平等机会的愿望。利用种族及宗教对大马人民来说已经没有效,因为大马人已经知道在这些伎俩都是为了掩饰国阵严重的贪污。

民主行动党对于《前锋报》媒体从业员以流氓行为针对其前资深记者哈达达哈里感到震惊。哈达昨天在其前雇主《前锋报》总部前展开个人示威,竟然不只遭到《前锋报》媒体从业员以嘘声及种族主义奚落及污辱,还被他们丢两包炒米粉攻击他,请问《前锋报》的新闻自由及媒体自由在哪里?

《前锋报》理应允许任何公民的反对权力,让哈达继续以他写着“致《前锋报》总编辑:“请停止不负责任的报导,秉持媒体伦理操守,别为了个人利益毁了《前锋报》未来,别成为一个种族主义的记者”的大布条进行和平抗议。《前锋报》根本已经不再笃信新闻自由,他们只会自由妄为地撒谎对付民联,这可从我多次控告《前锋报》诽谤,全部都胜诉获得证明。

从一家捍卫自由的报章,《前锋报》如今羞耻地沦落到成为新闻自由、种族和谐、真相及言论自由基本人权的敌人。一个媒体从业员怎么可以肢体侵犯另一个媒体从业员呢?看来也只有朝鲜才会欢迎《前锋报》这种压制、压迫及镇压新闻自由的做法。

林冠英

Leave a Comment