Dato Farizan Darus Mengetuai Jawatanakuasa Krisis Bencana Untuk Menangani Banjir Kilat Di Kawasan George Town Ekoran Hujan Lebat Pagi Ini Selama Hampir 4 Jam.(bm/cn)

Kenyataan Akhbar Oleh “Caretaker” Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng Di Komtar, George Town Pada 6.4.2013.

Sistem pengurusan krisis bencana masih beroperasi sungguhpun Dewan Undangan Negeri Pulau Pinang sudah dibubarkan semalam dan kerajaan negeri dalam status “caretaker”. Setiausaha Kerajaan Negeri Dato Farizan Darus mengetuai Jawantankuasa Krisis Bencana Negeri untuk menangani banjir kilat di beberapa tempat yang luas di kawasan George Town ekoran hujan lebat pagi ini hampir 4 jam.

Mengikut laporan daripada Jabatan Pengairan dan Saliran, volume air hujan turun dalam masa yang singkat ini ialah 85mm di Sungai Pinang, 90mm di Kolam Dondang, 107mm di Lorong Batu Lanchang, di Jln Scotland 83mm, di Kolam Air Hitam ialah 114mm, di Bukit Bendera 168mm, 83mm di Jalan P. Ramlee dan 141mm di Sungai Air Terjun. Hujan sekitar 60mm dikira lebat.

Sungguhpun air hujan sudah henti, keadaan banjir bertambah buruk di kelima-lima sungai kecil yang mengalir ke Sungai Pinang kerana air laut yang pasang. Keadaan hujan lebat dan air laut yang pasang secara serentak memburukkan lagi keadaan banjir kilat kerana air tidak dapat alir keluar. Untuk makluman, air laut pasang yang paling tinggi adalah pada 10 pagi pada tahap 3.26 meter dan sekarang sudah mulai surut bersama dengan air hujan.

Saya bersyukur tidak ada kecederaan atau kehilangan nyawa sehingga sekarang. Dato Farizan menyatakan pemindahan penduduk tidak diperlukan. Dato Farizan juga memaklumkan kepada saya 4 kontraktor telahpun dipanggil untuk kerja-kerja kecemasan membersihkan sungai akibat hujan lebat pagi ini.

2 kontraktor yang dipanggil oleh JPS ialah Syarikat Malinaz untuk Sungai Pinang serta Map & Ammar untuk Kampung Masjid dan di depan Flat Zainal Abidin serta Sungai Air Hitam. 2 kontraktor MPPP ialah Syarikat Azah dan Syarikat Farah Enterprise yang sedang urus kerja-kerja pembersihan sekitar Jalan Masjid Negeri.

Saya telah meminta ahli-ahli EXCO seperti Chow Kon Yeow, Phee Boon Poh, Wong Hon Wai dan Law Choo Kiang serta bekas ADUN Jagdeep Singh, Tey Ee Cheu dan Koid Teng Guan untuk turun padang. Saya ingin meminta maaf kepada penduduk-penduduk yang terjejas oleh banjir kilat bahawa saya tidak dapat bersama-sama turun padang kerana kini di Johor untuk upacara adat Qing Ming membersihkan kubur nenek moyang saya.

LIM GUAN ENG

-----Mandarin Version —–
槟州看守首席部长林冠英于2013年4月6日在乔治市光大发表声明:

拿督法力占带领紧急灾害应变小组,处理今早连续4小时下雨导致乔治市发生闪电水灾的问题。

虽然槟城州议会已在昨日解散,州政府目前处于“看守政府”状态,但州内紧急灾害管理系统依然操作,由槟州秘书拿督法力占带领槟州紧急灾害应变小组,处理今早连续4小时下雨导致乔治市第几个地区发生闪电水灾的问题。

根据水利灌溉局的报告,在短时间内,双溪槟榔降雨量达85毫米、Kolam Dondang 90毫米、峇都兰樟打107毫米、苏格兰路达到83毫米、阿依淡水池 114毫米、升旗山168毫米、比南利路83毫米和瀑布河141毫米。降雨量在2小时至4小时超过60毫米就足以引发闪电水灾。

虽然目前已停雨,5条小河水量因涨潮而流入双溪槟榔导致水灾恶化,涨潮加上暴雨导致积水无法流出,灾情更恶化。记录显示,今早10时是涨潮最高点达到3.26米,目前水位随着停雨褪去。

我感恩至今没发生任何伤亡事件,拿督法力占表示没有迁移灾民的必要,他告知已委派4个承包商进行清理河流的善后工作。

水利灌溉局委派两个承包商,分别是Syarikat Malinaz 负责双溪槟榔、Map & Ammar承包公司则负责甘榜回教堂、在纳阿比汀组屋前和阿依淡河;另外2个由槟岛市政局委派的承包公司是 Syarikat Azah和 Syarikat Farah Enterprise,处理州回教堂路一带的清洁工作。

我已要求槟州行政议员曹观友、彭文宝、黄汉伟和刘子健,还有州议员佳日星、郑雨周和郭庭源到灾区了解灾情。在此,我要向所有受到闪电水灾影响的居民道歉,因为我目前人在柔佛清明扫墓祭拜祖先,所以无法到第一时间到灾区。

林冠英

0 Responses to “Dato Farizan Darus Mengetuai Jawatanakuasa Krisis Bencana Untuk Menangani Banjir Kilat Di Kawasan George Town Ekoran Hujan Lebat Pagi Ini Selama Hampir 4 Jam.(bm/cn)”


  • No Comments

Leave a Reply

You must login to post a comment.