Kejayaan PBAPP Menurunkan Non-Revenue Water(NRW) Daripada 18.4% Kepada Hanya 17.6% Pada 2012, Yang Terendah Di Malaysia Di Mana Purata NRW Adalah 36.7%, Menunjukkan PBAPP Adalah Pengusaha Berkuasa Air Negeri No.1 Di Pulau Pinang.(bm/cn)

UCAPAN KETUA MENTERI PULAU PINANG LIM GUAN ENG SEMPENA MAJLIS MENANDATANGANI PERJANJIAN KOLEKTIF 2012-2014 PBAPP PADA 8 MAC 2013 DI HOTEL TRADERS, PENANG.

Saya berasa gembira kerana dapat bersama-sama semua yang hadir pada pagi ini untuk menyaksikan Majlis Menandatangani Perjanjian Kolektif di antara Perbadanan Bekalan Air Pulau Pinang Sdn Bhd (PBAPP) dengan Kesatuan Kakitangan PBAPP dan Kesatuan Pekerja-pekerja PBAPP. Ini adalah Perjanjian Kolektif kelima ini yang berkuatkuasa mulai 1 Januari 2012 hingga 31 Disember 2014.

Dilihat daripada tempoh masa rundingan iaitu bermula April 2012 menunjukkan ianya bukanlah satu proses yang mudah. Dalam hal ini, saya mengucapkan terima kasih dan tahniah sekali lagi kepada Yang Berbahagia Dato’ Syed Mohamad Bin Syed Murtaza yang banyak membantu pihak Pengurusan dan Kesatuan untuk mendapat suatu penyelesaian. Juga saya ingin menekan di sini bahawa dalam segala isu yang dibincangkan, Keharmonian Perusahaan tetap diutamakan oleh kedua-dua pihak.

Saya berharap pihak kesatuan selepas ini akan terus memberikan sokongan kepada setiap inisiatif dan program yang dirancangkan oleh pihak pengurusan yang sudah tentu mendapat sokongan daripada Lembaga Pengarah. Ini adalah bagi memastikan komitmen syarikat yang menitikberatkan peningkatan berterusan bagi memastikan perkhidmatan yang berkualiti kepada pelanggan-pelanggan dan pengguna-pengguna air di negeri Pulau Pinang dilaksanakan dengan baik.

Kejayaan PBAPP menurunkan Non-Revenue Water(NRW) daripada lebih 18.4% pada 2011 kepada hanya 17.6% pada 2012, yang terendah di Malaysia di mana purata NRW adalah 36.7%, menunjukkan PBAPP adalah pengusaha berkuasa air negeri No.1 di Pulau Pinang. Kita semua seharusnya sedar bahawa kita perlu terus mempertingkatkan pencapaian demi memastikan faedah dan manfaat untuk kakitangan dan pekerja juga dapat dipertingkatkan. Sudah tentu syarikat akan berkongsi bersama setiap keuntungan yang dituai hasil titik peluh kakitangannya menerusi imbuhan sewajarnya.

Gaji Minima RM1,100 Yang Dicadangkan oleh Pakatan Rakyat (PR) Mengutamakan Pekerja Malaysia & Pada Awalnya Tidak Merangkumi Pekerja Asing Seperti Dasar Barisan Nasional (BN).
Perlu ditegaskan bahawa gaji minima yang ditekankan oleh Kerajaan Negeri memberikan keutamaan kepada pekerja Malaysia dan pada awalnya tidak merangkumi pekerja asing seperti yang diterima pakai oleh Barisan Nasional (BN). Pakatan Rakyat (PR) berkomited untuk membantu pekerja dan majikan tempatan terlebih dahulu. Hanya BN mahu membantu pekerja asing agar pekerja asing dapat menikmati tahap gaji yang sama dengan pekerja Malaysia. Mungkin BN mahu jaga pekerja asing kerana mengharapkan orang asing akan menyokong mereka. Itulah sebabnya gaji minima RM 1,100 sebulan yang dicadangkan oleh PR bertindak adil kepada pekerja Malaysia bukan seperti cadangan RM900 daripada BN yang lebih mementingkan pekerja asing.

—-Mandarin Version —

槟州首席部长林冠英于2013年3月8日在贸商酒店出席劳资合约签署仪式的致词内容:

槟州水供机构的流失水源率是全国最低的,成功将从2011年的18.4%降至2012年的17.6%, 全国平均的非收入水供率是36.7%,证明槟州水供机构是全国最佳水务营运机构。

我很高兴见证这项由槟州水供机构和职工会签署的劳资合约仪式,这是第五次签署劳资合约,有效期从2012年1月1日至2014年12月31日。这过程并不容易,从2012年4月开始谈判, 一切以双方劳资和谐为主。

槟州水供机构的流失水源率是全国最低的,成功将从2011年的18.4%降至2012年的17.6%, 全国平均的非收入水供率是36.7%,证明槟州水供机构是全国最佳水务营运机构。提高表现之余,我们也必须确保员工的福利,通过适当的报酬与员工分享公司的盈利。

民联政府建议的1100令吉基薪并不包括外劳,有别于国阵的政策 。槟州政府强调的的基本薪金初期执行时以本地员工为优先,并不像国阵的政策涵盖外劳。

民联承诺优先协助本地员工和雇主,只有国阵要协助外劳获得和本地员工一样的基薪,国阵如此帮外劳,或许是要外劳支持他们。民联建议1100令吉基薪对本地员工是公平的,不像国阵以外劳最重的900令吉基薪。

林冠英

0 Responses to “Kejayaan PBAPP Menurunkan Non-Revenue Water(NRW) Daripada 18.4% Kepada Hanya 17.6% Pada 2012, Yang Terendah Di Malaysia Di Mana Purata NRW Adalah 36.7%, Menunjukkan PBAPP Adalah Pengusaha Berkuasa Air Negeri No.1 Di Pulau Pinang.(bm/cn)”


  • No Comments

Leave a Reply

You must login to post a comment.