DAP Co-operates With PAS On Common Principles That Benefits Malaysians With Our Eyes Open Unlike MCA, MIC And Gerakan Who Submits To UMNO With Both Eyes Closed.(en/bm/cn)

MCA and Gerakan continues their irresponsible, dishonest and untruthful attacks on DAP’s support for PAS hudud laws and establishing an Islamic state as well as launch personal attacks that shows their desperation to revive lost popular support. Both MCA and Gerakan is like a “culprit hurling the accusation first” by trying to hide their failure to demand action against UMNO leaders’ support for hudud to be imposed even on non-Muslims.

Let me reiterate that DAP does not support the implementation of an Islamic state in Malaysia and imposition of hudud law by PAS.

This consistent position of DAP has never changed. Despite these differences, both DAP and PAS have a common stand in fighting corruption and abuse of power as well as establishing integrity in leadership focusing on competency, accountability and transparency. We agree on a welfare state to protect the poor, destitute, sick and those who neeed help.

DAP and PAS can and should co-operate for the future of Malaysians on common principles that unites us as compared to continue to benefit BN by allowing these differences to divide us. For this reason both DAP and PAS have signed a ‘common policy’ that sets out the framework of what unites us and the nation-building policy of a future PR federal government. Clearly the ‘common policy’ makes no mention of implementing an Islamic state or hudud laws in any future PR federal government.

This is unlike UMNO Penang which is willing to go one step further by calling for the implementation of hudud in Penang and throughout the country. Even Johor Umno’s Kemelah state assemblyman Ayub Rahmat called for Johor to become the first state to implement “true hudud law”, which would differ from PAS’s version because UMNO’s “true hudud law” would be non-discriminatory as it would be imposed on non-Muslims. Not only did Penang State Opposition Leader Dato Azhar Ibrahim but the Kepala Batas Wanita UMNO Division also passed a resolution supporting hudud for all.

In other words, UMNO in wanting to implement hudud on non-Muslims too is more extreme than PAS who wants to see hudud implemented only on Muslims. I do not see top Gerakan leaders attacking UMNO leaders nor MCA President Datuk Seri Dr Chua Soi Lek using the same remarks of “political eunuchs” on UMNO. Why has MCA nor Gerakan not left BN because of UMNO leaders open support for hudud for all? DAP will not stoop so low to dirty tactics or smear campaigns employed by MCA and Gerakan against DAP leaders.

DAP has never misused parliamentary immunity to highlight Chua Soi Lek’s famous sex tapes. Nor have we attacked Chua as an immoral person leading an immoral party. Neither have we conducted a smear campaign like Gerakan against my family and me. Unfortunately such courage is never displayed by Gerakan leaders against UMNO whom Gerakan fully supports even though UMNO has shown utter contempt for Gerakan by tearing up Gerakan President Tan Sri Dr Koh Tsu Koon’s picture.

Lest we forget, it is UMNO that bans the use of the word “Allah” on Malay language Christian bibles, widely used in Sabah and Sarawak. In contrast, PAS takes the moderate approach allowing Christians to use the word “Allah” as being practiced these hundred years in the Middle-East and Indonesia.

Clearly there is a difference between DAP co-operating with PAS and either MCA or Gerakan co-operating with UMNO, when both PAS and UMNO supports the hudud and the Islamic state. PAS is open about their support but not wanting to impose on non-Muslims whilst UMNO only expresses their support for hudud or all in Malay but not Chinese/ English papers. DAP co-operates with PAS on common principles of justice, freedom and democracy with our eyes open unlike MCA, MIC and Gerakan whom submits to UMNO with both eyes closed.

Lim Guan Eng

—-BM Version—-
Kenyataan Akhbar oleh Setiausaha Agung DAP dan Ahli Parlimen Bagan Lim Guan Eng di Kuala Lumpur pada 30.7.2012

DAP Bekerjasama Dengan PAS Berdasarkan Prinsip Bersama Yang Memanfaatkan Rakyat Malaysia Dan Dengan Mata Terbuka Bukan Seperti MCA, MIC Dan Gerakan Yang Menyerah Diri Kepada UMNO Dengan Mata Tertutup.

MCA dan Gerakan meneruskan serangan yang tidak bertanggungjawab dan tidak jujur kononnya DAP menyokong PAS dalam perlaksanaan undang-undang hudud dan penubuhan negara Islam serta serangan peribadi yang menampakkan keadaan terdesak mereka untuk meraih kembali sokongan yang sudah hilang. Kedua-dua MCA dan Gerakan seakan-akan “pesalah yang melemparkan tuduhan dahulu” dengan cubaan mereka untuk menutup kegagalan untuk menuntut tindakan terhadap pemimpin-pemimpin UMNO yang menyokong perlaksanaan hudud malah ke atas bukan Islam.

Saya ingin mengulangi sekali lagi pendirian DAP yang tidak menyokong perlaksanaan negara Islam di Malaysia dan perlaksanaan undang-undang hudud oleh PAS.

Pendirian DAP ini konsisten dan tidak pernah goyah. Namun begitu, DAP dan PAS sama-sama berkongsi pendirian untuk memerangi rasuah dan penyalah gunaan kuasa serta perlaksanaan integriti dalam kepimpinan yang berteraskan prinsip cekap, akauntabel dan telus. Kita bersetuju dalam negara berkebajikan yang melindungi rakyat yang miskin, fakir, sakit dan sesiapa yang memerlukan bantuan.

DAP dan PAS boleh dan harus bekerjasama untuk masa depan rakyat Malaysia berdasarkan prinsip bersama yang menyatukan kita daripada membiarkan perbezaan ini untuk memecah belahkan kita. Untuk sebab ini, DAP dan PAS telah menandatangani “dasar bersama” yang menyatakan kerangka kerjasama kita dan dasar membina negara-bangsa kerajaan persekutuan PR masa depan. Jelas, “dasar bersama” tersebut tidak menyebut tentang perlaksaan negara Islam atau undang-undang hudud dalam kerajaan persekutuan PR masa depan.

Ini berbeza dengan UMNO Pulau Pinang yang telah memanggil untuk perlaksaan hudud di Pulau Pinang dan di serata negara. Malah ADUN Kemelah, Johor daripada UMNO Ayub Rahmat telah menyeru agar Johor menjadi negeri pertama untuk melaksanakan “undang-undang hudud sebenar”, yang berbeza dengan versi PAS kerana “undang-undang hudud sebenar” UMNO akan merangkumi rakyat bukan Islam juga. Bukan sahaja Ketua Pembangkang Pulau Pinang Dato’ Azhar Ibrahim tetapi Ketua Wanita UMNO Kepala Batas juga telah meluluskan ketetapan untuk menyokong undang-undang hudud untuk semua.

Dalam erti kata lain, UMNO yang ingin melaksanakan undang-undang hudud ke atas bukan Islam adalah lebih ekstrim berbanding PAS yang hanya ingin melaksanakannya ke atas orang Islam. Saya tidak kedengaran pemimpin-pemimpin tertinggi Gerakan mengutuk UMNO ataupun Presiden MCA Datuk Seri Dr Chua Soi Lek menggunakan kata-kata “sida politik” terhadap UMNO. Kenapa MCA atau Gerakan tidak meninggalkan BN atas sokongan pemimpin-pemimpin UMNO terhadap hudud untuk semua? DAP tidak akan menggunakan taktik jijik dan kotor yang digunakan oleh MCA dan Gerakan terhadap pemimpin-pemimpin DAP.

DAP tidak pernah menyalah gunakan imuniti parlimen untuk menonjolkan video seks Chua Soi Lek. Kami juga tidak menyerang Chua sebagai orang tidak bermoral yang mempimpin parti tidak bermoral. Kami juga tidak menjalankan kempen memburuk-burukkan sepertimana Gerakan buat terhadap saya dan keluarga saya.

Malangnya, keberanian sedemikian tidak pernah ditunjuk oleh pemimpin-pemimpin Gerakan terhadap UMNO yang disokong penuh walaupun UMNO bagai tidak endah apabila gambar potret Presiden Gerakan Tan Sri Dr Koh Tsu Koon telah dikoyakkan.

Jangan kita lupa bahawa UMNOlah yang telah mengharamkan penggunaan kalimah “Allah” dalam kitab injil bahasa Melayu yang digunakan secara luas di Sabah dan Sarawak. Ini berbeza dengan PAS yang mengambil jalan sederhana yang membenarkan orang Kristian untuk menggunakan kalimah “Allah” seperti yang menjadi kelaziman selama beratus-ratus tahun di Timur Tengah dan Indonesia.

Jelas terdapat perbezaan antara kerjasama DAP dengan PAS dan kerjasama MCA atau Gerakan dengan UMNO, apabila PAS dan UMNO dua-dua menyokong hudud dan negara Islam. PAS menyokong hudud secara terbuka dan tidak ingin melaksanakannya ke atas bukan Islam sementara UMNO hanya menyokong hudud untuk semua dalam media bahasa Melayu tetapi tidak dalam media bahasa Cina atau Inggeris. DAP bekerjasama dengan PAS atas prinsip bersama iaitu keadilan, kebebasan dan demokrasi dengan mata terbuka sedangkan MCA, MIC dan Gerakan menyerah diri kepada UMNO dengan mata tertutup.

—–Mandarin Version—-

民主行动党秘书长兼峇眼区国会议员林冠英于2012年7月30日在吉隆坡发表声明:

行动党与伊斯兰党基于共同原则而合作,我们知道自己在做什么,共同为全民谋福利,不像马华、国大党及民政党“不知所为”,向巫统屈服。

马华和民政党继续使用不负责任、不诚实及不真实的言论,抨击行动党支持伊斯兰党的断肢法以及支持成立伊斯兰国家,同时他们也进行人身攻击,显示他们多么的迫切急于恢复大众的支持。马华和民政党是在“恶人先告状”,掩饰他们无法要求对付要在非穆斯林身上支持断肢法的巫统领袖。

让我重申,行动党不支持在马来西亚成立伊斯兰国,也不支持伊斯兰党实施断肢法。

行动党的立场从未改变。尽管我们拥有分歧,但是行动党和伊斯兰党在反贪腐方面立场一致,同时倡导能干、公信及透明的廉正领导。我们同意打造福利国以保护贫穷、极穷困的、生病及有需要帮助的人。

与其让国阵继续利用我们的分歧来捞取政治资本, 行动党和伊斯兰党可以、也应该为了马来西亚的未来,在共同原则上合作,团结起来。因此,行动党和伊斯兰党已经签署了“共同政纲”,拟出一套团结各党的框架,以及民联执政联邦的建国政策。很明显地,在“共同政纲”里,我们没有提及未来民联组成联邦政府时,要推行伊斯兰国家或断肢法。

不像槟州巫统,他们竟然高喊要在槟州及全国推行断肢法。就连柔佛州巫统哥美拉区州议员阿育拉末也呼吁柔佛州,成为第一个实施断肢法的州属,这也与伊斯兰党的版本不同,因为巫统的断肢法将会推行在非穆斯林身上。不只槟州在野党领袖拿督阿查哈,甲抛峇底巫统分会妇女组也通过了议案,支持继肢法。

换句话说,巫统要在非穆斯林身上推行断肢法,这也比伊斯兰党极端,后者只是要在穆斯林身上推行断肢法而已。我没有看到任何民政党领袖或马华总会长拿督斯里蔡细历使用“政治太监”这种字眼来抨击巫统。为什么马华或民政党都没有因为巫统领袖公开支持断肢法而退出国阵?行动党不会屈服于马华及民政党肮脏的政治伎俩或他们的诋毁行为。

行动党也没有滥用国会特权,去突显蔡细历的性爱光碟。我们也没有攻击蔡细历为一个不道德的人领袖一个不道德的政党。我们也没有像民政党诋毁我的家人和我那样,发起人身攻击。不幸的是,民政党不曾将用于攻击我们的胆量,用来对付巫统,他们反而全力支持巫统,即使是巫统曾经撕毁民政党主席丹斯里许子根的照片,严重羞辱了民政党。

我们也不要忘记,是巫统禁用“阿拉”一词,这本来广泛应用于沙巴及砂拉越两州的马来文版圣经。相反地,伊斯兰党采取温和的方式,允许基督徒使用“阿拉”,因为这个名词已经在中东、印尼沿用了数百年。

很明显地,当伊斯兰党和巫统支持伊斯兰国家及断肢法时,行动党与伊斯兰党的合作,根本与马华、民政党与巫统合作不同, 伊斯兰党虽然公布立场,但是他们表明不会推行在非穆斯林身止,而巫统只在马来报章表明他们支持断肢法实施于全民,却不公布在中文及英文报章。行动党与伊斯兰党在共同原则如公正、自由、民主上合作,我们知道自己在做什么,共同为全民谋福利,不像马华、国大党及民政党不知所为,向巫统屈服。

林冠英

Leave a Comment