Sekurang-kurangnya 18,000 Yunit Rumah Mampu Milik Dijangka Dibina Oleh Pihak Kerajaan Negeri Di bawah Fasa 1 Dan 2 Tabung Perumahan Mampu Milik RM500 Juta Di Kelima-lima Daerah Di Pulau Pinang Manakala Pemaju Swasta Dijangka Menyumbang 20,000 Yunit Lagi.(bm/cn)

Kenyataan Akhbar Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng Di Komtar, George Town Pada 27 Mei 2012

Sekurang-kurangnya 18,000 yunit rumah mampu milik dijangka dibina oleh pihak kerajaan negeri di bawah Fasa 1 dan 2 Tabung Perumahan Mampu Milik RM500 juta di kelima-lima daerah di Pulau Pinang manakala pemaju swasta dijangka menyumbang 20,000 yunit lagi. 18,000 yunit rumah mampu milik akan dibina melalui agensi pelaksana Penang Development Corporation(PDC).

Fasa 1 bernilai RM2.7 bilion yang merangkumi 12,000 yunit di atas tanah seluas 200 ekar di Batu Kawan, Daerah Seberang Perai Selatan, telahpun dilancarkan pada 17 Februari 2012. Manakala Fasa 2 melibatkan 77 ekar tanah yang telahpun dikenalpasti di empat daerah lain di Pulau Pinang yang boleh menyumbang 6,000 yunit rumah mampu milik. Keseluruhan tanah sebanyak 277 ekar untuk perumahan mampu milik telahpun dikenalpasti di kesemua lima-lima daerah di seluruh Pulau Pinang seperti berikut:

Mengapa menjadikan harga rumah mewah hanya isu di Pulau Pinang bila harga rumah mewah di Iskandar, Johor jauh lebih tinggi sekurang-kurangnya RM3 juta yang hanya mampu dibeli oleh rakyat asing termasuk rakyat Singapura?

Sejak kerajaan negeri PR memerintah pada 2008 sehingga sekarang, sebanyak 11,596 rumah kos rendah dan sederhana rendah telah dibina oleh kerajaan negeri dan pihak swasta seperti berikut:-

18,000 yunit akan dibina lagi oleh PDC untuk masa depan di bawah Tabung Rumah Mampu Milik RM 500 juta hasil penjualan tanah kerajaan negeri. Fasa 1 akan makan masa sekurang-kurangnya 3 tahun. Laporan terperinci tentang pembinaan rumah mampu milik di bawah Fasa 2 akan siap dalam masa sebulan lagi.

Usaha kerajaan negeri adalah yang terbesar di antara negeri di Malaysia dan sekaligus menyangkal fitnah BN dan UMNO bahawa kerajaan negeri tidak ambil berat tentang pembinaan rumah mampu milik. Mengapa menjadikan harga rumah mewah hanya isu di Pulau Pinang bila harga rumah mewah di Iskandar, Johor jauh lebih tinggi sekurang-kurangnya RM3 juta yang hanya mampu dibeli oleh rakyat asing termasuk rakyat Singapura?

Adakah UMNO sekarang juga tidak mempercayai Daftar Pemilih SPR?

Usaha kerajaan negeri dalam membina perumahan mampu milik akan juga menolak fitnah bahawa kerajaan negeri ada agenda halus mengusir orang Melayu daripada Pulau Pinang, yang didakwa berkurangan 18,000 orang Melayu dalam 2010. Sehingga hari ini UMNO tidak dapat menafikan laporan Daftar Pemilih Suruhanjaya Pilihanraya atau SPR bagi akhir 2011 yang menunjukkan tambahan pengundi Melayu sebanyak 34,931 orang berbanding dengan pilihanraya besar 2008. Macam mana orang Melayu boleh kurang 18,000 orang bila pengundi Melayu telah tambah 34,931 orang?

Adakah UMNO sekarang juga tidak mempercayai angka dan Daftar Pemilih Suruhanjaya Pilihanraya atau SPR? Keghairan BN dan UMNO mahu mendapat undi Melayu telah menyebabkan mereka berkali-kali mainkan sentimen perkauman dengan fitnah jahat bahawa Kerajaan negeri PR mahu meminggirkan atau mengusir Melayu. Ini boleh dilihat dengan keengganan media massa yang dikuasai BN menyiarkan kenyataan kerajaan negeri membetulkan fitnah jahat ini

—–Mandarin Version —

槟州首席部长林冠英于2012年5月27日在乔治市发表声明:

在可负担房屋5亿令吉基金第一期及第二期,州政府将在槟州五个县属兴建至少1万800个可负担房屋单位。而预计私人界将兴建另外的2万个单位。

在可负担房屋5亿令吉基金第一期及第二期,州政府将在槟州五个县属兴建至少1万800个可负担房屋单位。而预计私人界将兴建另外的2万个单位。上述1万8000个可负担房屋单位将会由槟州发展机构来推行。

第一期计划价值27亿令吉,包括位于硬驱南峇都加湾200英亩的1万2000个单位,我们已于2012年2月17日推介上述计划。而第二期计划涉及77英亩的土地,我们也已经确认槟州其它四个县属的地点,以兴建6000个可负担房屋。全槟各县共有面积达277英亩的地段将用来兴建可负担房屋如下:

为什么槟城的豪华住宅价格会被炒作成课题?正当柔佛州依斯干达特区的豪华住宅至少300万令吉,只有外国人包括新加坡人有能力购买。

民联州政府自2008年执政以来,州政府和私人发展商已经兴建了1万1596个廉价屋及中廉价屋单位:

槟州发展机构还会利用州政府售地利润所成立的5亿令吉可负担房屋基金,在未来兴建1万8000个单位。第一期兴建计划将费时至少三年。有关第二期可负担房屋的研究报告在一个月后出炉。

州政府的努力是全国最显著的,完全不是国阵及巫统所诬蔑的,指我们不关注可负担房屋。为什么槟城的豪华住宅价格会被炒作成课题?正当柔佛州依斯干达特区的豪华住宅至少300万令吉,只有外国人包括新加坡人有能力购买。

巫统是不是也不相信选举委员会的选民登记人数?

州政府兴建可负担房屋的努力将可以扫除那些诬指州政府要把马来人赶出槟城的指控,这些谣言指槟州马来人在2010年少了1万8000人。直到今天,巫统都还没有否认选举委员会的选民人数报告,显示比起2008年全国大选,截至2011年底, 槟州马来选民增加了3万4931人。当马来选民增加了3万4931人时,马来人的数目怎会少了1万8000人?

是不是就连巫统也不相信选委会的数据了?国阵及巫统急于捞取马来人的选票,导致他们屡屡以恶劣的谎言,玩弄种族情绪,指责民联州政府边缘化或驱赶马来人。从国阵控制的媒体不愿刊登州政府澄清该谎言的文告,足见这是谎言无疑。

林冠英

Leave a Comment