All Malaysians Should Dress In Black And Pin A Yellow Ribbon On 3 May 2012 (en/bm/cn)

Press Statement by DAP Secretary-General and MP for Bagan Lim Guan Eng in Kuala Lumpur on 1.5.2012.

All Malaysians Should Dress In Black And Pin A Yellow Ribbon On 3 May 2012 Not Only To Commemorate World Press Freedom Day But Also Stand In Solidarity With The Reporters And Photographers Who Either Beaten, Had Their Cameras Taken Away Or Smashed As Well As Were Victimised By Police Brutality During Bersih 3.0 Rally In Kuala Lumpur.

DAP fully supports and urges all Malaysians to dress in black and pin a yellow ribbon on 3 May 2012 not only to commemorate World Press Freedom day but also stand in solidarity with the reporters and photographers who either beaten, had their cameras taken away or smashed as well as were victimised by police brutality during Bersih 3.0 Rally in Kuala Lumpur

The public should stand in solidarity with media workers and reporters who became victims of police brutality during the peaceful Bersih 3.0 rally in Kuala Lumpur last Saturday. That the police did indeed beat up members of the media is irrefutable when the Prime Minister himself whispered an apology to the Sun reporter Radzi Razak who was warded to hospital after the beating.

We strongly condemn the ugly scenes last Saturday at the Bersih 3.0 rally where many protesters, including media workers and reporters, were indiscriminately attacked and injured by police officers. Numerous reports have come in about incidents of police brutality, including Sun reporter Radzi Razak who was assaulted by up to 15 police officers, while a Malay Mail photographer was punched by the police and had his camera destroyed. A Malaysiakini reporter was arrested and his camera equipment confiscated. Even reporters from international agency Al-Jazeera were not spared, as they reported being roughed up while they tried to film an officer beating up a protester.

What has our country turned into when even the sacred rule of freedom of the press can be openly, publicly and blatantly violated. In the past, freedom of the press was curtailed secretly and not publicly with the BN imposing self-censorship by the editors. To make matters worse, Home Minister Datuk Seri Hishamuddin Hussein had the audacity to brush the allegations away by claiming that it was Standard Operating Procedure (SOP) for the police to confiscate camera equipment. However, the Inspector-General of Police Tan Sri Ismail Omar himself has now come out to contradict Hishamuddin by insisting that seizing camera equipment was not part of police SOP.

If the IGP is correct, then Hishamuddin must apologise to every reporter who was assaulted. He must also order an investigation into the misconduct of the police and bring those guilty to justice. There must be no cover up, or he will risk ruining what little reputation is left of the police.

Malaysians have great doubts as to whether a full and proper investigation will be fruitful and action taken against the perpetrators. We are reminded of similar police inaction in an incident at the First Penang Bridge on July last year when again pro-UMNO demonstrators disrupted traffic flow and beat up 2 reporters. To-date no one was arrested.

The second more serious accident happened again in an anti-Lynas rally in the Speaker’s Corner in Esplanade in Penang on 26 February, UMNO and Perkasa members behaved like thugs, violently attacking and injuring 2 reporters during an anti-Lynas rally. One of the reporters had to endure 8 stitches to close his injury.

The policemen present just stood by and did not act to stop or arrest those involved in the barbaric attacks of UMNO and Perkasa members attacking peaceful anti-Lynas demonstrators and physically force the anti-Lynas demonstrators to leave. Up to now not a single person has been either arrested or charged by Penang police.

If UMNO and Perkasa ordinary thugs can get away with assaulting reporters in Penang, with no action taken to date despite plenty of photo and video evidence, can we really expect any justice when it is the police themselves perpetrating the act this time? Only an independent inquiry comprising international experts can trusted with providing a credible report on how to apportion blame to the police so that we can find out the truth of what happened.

Lim Guan Eng

———- BM Translation———
Kenyataan Akhbar oleh Setiausaha Agung DAP dan Ahli Parlimen Bagan Lim Guan Eng di Kuala Lumpur pada 1.5.2012

Semua Rakyat Malaysia Harus Memakai Hitam Dan Pin Reben Kuning Pada 3 Mei 2012 Bukan Sahaja Untuk Memperingati Hari Kebebasan Akhbar Sedunia Tetapi Juga Untuk Berdiri Dalam Solidariti Bersama Para Wartawan Dan Jurugambar Yang Telah Dipukul, Kamera Dirampas Atau Dipecah Serta Dimangsakan Oleh Keganasan Polis Semasa Perhimpunan Bersih 3.0 Di Kuala Lumpur.

DAP menyokong penuh dan menyeru agar semua rakyat Malaysia memakai hitam dan pin reben kuning pada 3 Mei 2012 bukan sahaja untuk memperingati Hari Kebebasan Akhbar Sedunia tetapi juga untuk berdiri dalam solidariti bersama para wartawan dan jurugambar yang telah dipukul, kamera dirampas atau dipecah serta dimangsakan oleh keganasan polis semasa perhimpunan Bersih 3.0 di Kuala Lumpur.

Pihak awam harus berdiri dalam solidariti bersama pekerja media dan wartawan yang telah menjadi mangsa keganasan polis semasa perhimpunan aman Bersih 3.0 di Kuala Lumpur Sabtu lepas. Memang sah bahawa pihak polis telah memukul para pekerja media apabila Perdana Menteri sendiri telah membisikkan maaf kepada wartawan The Sun Radzi Razak yang telah dimasukkan ke dalam wad hospital selepas dipukul.

Kami mengutuk hebat adegan-adegan ganas Sabtu lepas di perhimpunan Bersih 3.0 di mana ramai pemprotes termasuk pekerja media dan wartawan telah dipukul dan dicederakan oleh pegawai-pegawai polis. Banyak laporan yang menceritakan keganasan polis, termasuk wartawan The Sun Radzi Razak yang telah dipukul oleh sehingga 15 pegawai polis, sementara seorang jurugambar Malay Mail telah ditumbuk oleh polis dan kameranya dipecahkan. Seorang wartawan Malaysiakini pula telah ditahan dan peralatan kameranya telah dirampas. Malah wartawan antarabangsa daripada Al-Jazeera pun tidak terkecuali, apabila mereka telah dikasari semasa mengambil gambar polis sedang memukul pemprotes.

Apakah yang sudah terjadi apabila peraturan keramat kebebasan akhbar boleh dilanggar secara terbuka, umum dan terang-terangan? Dahulu, kebebasan akhbar telah disekat secara senyap dan bukan secara umum melalui penapisan sendiri oleh para pengarang. Yang lebih teruknya, Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishamuddin Hussein tergamak menyatakan bahawa tindakan untuk merampas peralatan kamera itu adalah “Standard Operating Procedure” (SOP) polis. Namun demikian, Ketua Polis Negara Tan Sri Ismail Omar sendiri telah menyatakan bahawa perampasan peralatan kamera itu bukanlah SOP polis, lantas bercanggah dengan Hishamuddin.

Sekiranya Ketua Polis Negara betul, maka Hishamuddin harus meminta maaf kepada setiap wartawan yang telah dipukul. Beliau harus juga memerintah agar siasatan dibuat untuk membawa pegawai-pegawai yang bersalah ke muka pengadilan. Jika ini tidak dibuat dengan terbuka dan tanpa mengaburi kebenaran, maka beliau akan lagi merosakkan reputasi polis yang sudah terhakis.

Rakyat Malaysia mempunyai keraguan sama ada siasatan yang penuh akan berhasil dan tindakan akan diambil ke atas pesalah. Kita teringat kepada tindakan pihak polis yang tidak membuat apa-apa dalam insiden Jambatan Pulau Pinang pada bulan Julai tahun lepas apabila pembantah pro-UMNO telah menggangu aliran trafik dan memukul 2 orang wartawan. Sehingga kini tidak ada sebarang penangkapan.

Insiden yang kedua pula adalah semasa perhimpunan anti-Lynas di Sudut Pidato di Padang Kota Lama, Pulau Pinang pada 26 Februari, apabila ahli-ahli UMNO dan Perkasa telah bertindak ganas dan mencederakan 2 orang wartawan. Seorang wartawan terpaksa menerima 8 jahitan kerana kecederaannya.

Pegawai-pegawai polis di sana hanya berdiri dan tidak menghentikan atau menangkap mereka yang terlibat dalam keganasan ahli-ahli UMNO dan Perkasa yang menyerang para pemprotes anti-Lynas yang aman. Sehingga sekarang, tidak ada seorang pun yang telah ditahan atau didakwa oleh polis Pulau Pinang.

Jika samseng UMNO dan Perkasa boleh bertindak ganas terhadap wartawan di Pulau Pinang tanpa sebarang tindakan diambil walaupun terdapat banyak bukti gambar dan video, bolehkah kita mengharapkan keadilan apabila pihak polis pula yang kali ini bertindak ganas? Hanya siasatan yang terdiri daripada pakar antarabangsa boleh memberi laporan yang boleh dipercayai supaya kita boleh mengetahui kebenaran apa sebenarnya yang berlaku.

Lim Guan Eng

——Mandarin Version—–

民主行动党秘书长兼峇眼区国会议员林冠英于2012年5月1日在吉隆坡发表声明:

全体国人应该在2012年5月3日穿黑衣及配戴黄丝带,不只是纪念世界新闻自由日,同时也对那些在吉隆坡净选盟3.0大集会中,遭警方粗暴对待、殴打、相机被抢甚至摧毁的记者及摄影记者,表示团结支持。

民主行动党全力支持并促请全体马来西亚人,在2012年5月3日穿黑衣及配戴黄丝带,不只是纪念世界新闻自由日,同时也对那些在吉隆坡净选盟3.0大集会中,遭警方粗暴对待、殴打、相机被抢甚至摧毁的记者及摄影记者,表示团结支持。

公众应该与媒体工作者及记者站在同一阵线上, 他们在上周六净选盟3.0集会中,成了警方暴力的受害者。警员殴打媒体记者是不争的事实,在《太阳报》记者拉兹拉萨被打致入院后,首相也亲自在他的耳边道歉。

我们强烈谴责上个星期六净选盟3.0大集会的丑陋场面,很多示威者、包括媒体工作者及记者,都遭到警员的袭击而受伤。我们看到很多关于警方暴力的报道,包括《太阳报》记者拉兹拉萨被15名警员袭击,一名《马来邮报》记者被警员挥拳殴打、相机器材也被毁坏。一名《当今大马》记者被逮捕、相机被没收。就连国际通讯社半岛电视台也没有幸免,根据报道,他们在录取一名警员殴打示威者的片段时,遭到粗暴对待。

我们的国家什么时候变成这样?就连神圣的新闻自由也可以被公开地、粗暴地侵犯。过去,国阵静悄悄地打压新闻自由、新闻编辑也被逼自我审查。更糟的是,内政部长拿督斯里希山慕丁竟然胆敢说,警方没收相机是他们的标准作业程序(SOP)。不过,总警长丹斯里依斯迈奥玛已经站出来,与希山慕丁言论相反,说明没收相机器材不是警方的标准作业程序。

如果总警长没说错,那么,希山慕丁必须向每一名被袭击的记者道歉。他必须下令调查警方的错误行为、将这些人绳之以法。他不能掩盖事实,否则警队仅有的声誉就将被他摧毁。

马来西亚人对于当局是否能够进行全面及正式的调查、是否有结果、动粗者是否会遭对付感到怀疑。我们不禁想起,去年7月, 亲巫统示威者在槟城第一大桥示威、扰乱交通殴打两名记者时,警方当时也是袖手旁观。直到今天都没有人被逮捕。

第二宗比较严重的意外就是今年2月26日发生在槟州旧关仔角演说者角落的反莱纳斯大集会,巫统和土权组织的成员表现得像流氓那样、也反对莱纳斯大集会时致伤两名记者,其中一名受伤的记者还缝了八针。

当时值勤的警方也只是站在一旁,没有阻止他们或逮捕这些行为粗暴、攻击和平集会者、强行驱赶反莱纳斯集会者的巫统及土权组织的成员。到今天,槟州警方也还没有逮捕或提控任何人。

如果巫纺和土权的流氓在槟州攻击记者可以逍遥法外,甚至有许多图片、录像为 证,当局都没有采取行动,我们真的可以指望警方这次的粗暴行动,会有人伸张正义吗?唯有一个独立调查团(包括外国专家成员)才能提供有公信力的报告、追究警方的责任,让真相水落实出。

林冠英

Leave a Comment