Selamat Berangkat ke Tanah Suci Makkah Al-Mukarramah

YAB Ketua Menteri mengucapkan Selamat Berangkat ke Tanah Suci Makkah Al-Mukarramah kepada semua Jemaah Haji. Semoga semua jemaah mendapat Haji Yang Mabrur.

YAB Ketua Menteri Pulau Pinang, Tuan Lim Guan Eng merakamkan setinggi-tinggi tahniah kepada mereka yang telah terpilih untuk menjadi tetamu Allah pada tahun ini. Beliau mengucapkan Selamat Berlepas ke Tanah Suci Mekah dan Selamat Kembali kepada semua jemaah Haji.

Bagi menunaikan Rukun Islam yang ke-5, YAB Ketua Menteri menasihatkan para jemaah untuk membuat persiapan yang sebaik-baiknya dalam menunaikan ibadah Haji dan juga sebagai tetamu Allah di Tanah Suci kelak.

YAB berhasrat untuk tampil sendiri menghantar para jemaah di Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang pada hari Rabu tetapi tidak mendapat keizinan daripada pihak berkuasa. Beliau turut mendoakan semoga semua para jemaah akan pulang dengan mendapat Haji Yang Mabrur.

0 Responses to “Selamat Berangkat ke Tanah Suci Makkah Al-Mukarramah”


  • No Comments

Leave a Reply

You must login to post a comment.