Selamat Hari Raya Aidil Fitri

Dengan sukacita dan rasa rendah diri, saya bagi pihak DAP ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidil Fitri minal ai’dil wal fa’izin 1430 Hijrah kepada semua Muslimin dan Muslimat di mana sahaja berada.

Saya berharap sambutan Aidil Fitri tahun ini kita rayakan dengan semangat bermaaf-maafan dan meningkatkan lagi hubungan persaudaraan dan silaturrahim sesama insan tanpa mengira kaum dan agama. Saya yakin inilah juga semangat yang dianjurkan oleh Islam yang berteraskan kepada sifat tunduk kepada Yang Maha Kuasa dan mahu kepada perdamaian dan keamanan.

DAP sentiasa berpegang kepada perjuangan samada sebagai kerajaan mahupun pembangkang berteraskan prinsip 5P – Kebebasan hak asasi manusia dan peluang ekonomi, keadilan sosio ekonomi dan rule of law, kebenaran, kebajikan dan ketakwaan kepada Tuhan. Malangnya DAP sering menjadi mangsa fitnah perkauman UMNO serta media arus perdana miliknya bahawa DAP anti-Melayu dan anti-Islam bila pemimpin DAP dipenjarakan kerana membela nasib Melayu.

Kepentingan rakyat adalah jauh lebih penting daripada usaha merebut dan mengekalkan kuasa baik di dalam UMNO mahupun di MCA, Gerakan dan MIC semata-mata demi meraih kekayaan. Ada 3 isu yang harus diberikan perhatian iaitu ancaman penyakit H1N1 yang telah meragut 77 nyawa rakyat Malaysia dan dijangka akan meningkat lagi bila ia memuncak dalam 2 minggu lagi. Yang lebih membimbangkan ialah dijangka ada puncak kedua pada akhir tahun ini. Berapa banyak nyawa rakyat Malaysia akan terkorban sebelum kerajaan sedar perlunya ambil satu kempen yang menyeluruh.

Lagipun keselamatan awam masih diancam oleh penjenayah dan pihak polis sepatutnya memberikan perhatian lebih daripada menjadi alat politik BN mengenakan pemimpin Pakatan Rakyat. Rasuah berleluasa tetapi SPRM tidak berminat langsung hanya ingin memerangkap pemimpin Pakatan Rakyat dengan tuduhan palsu sehingga menyebabkan kematian Teoh Beng Hock. Ini bertentangan dengan prinsip 5P – Kebebasan, Keadilan, Kebenaran, Kebajikan dan ketakwaan kepada Tuhan.

Adalah perlu kita pulang ke objektif utama urustadbir iaitu menjalankan pentadbiran yang cekap, akauntable dan telus.

Bulan Syawal bulan mulia
Adil ditegak rakyat dijaga
Hari Raya harapan bersinar
Amar ma’ruf nahi mungkar

Semoga hari yang mulia ini disambut dengan penuh keinsafan, kesyukuran dan kegembiraan. Amar Ma’ruf Nahi Mungkar . Maaf zahir batin.

0 Responses to “Selamat Hari Raya Aidil Fitri”


  • No Comments

Leave a Reply

You must login to post a comment.