Kenaikan 46% Kos Projek Jalan Terbengkalai Teluk Kumbar- Pekan Genting Daripada RM56juta kepada RM82juta Akan Siap Pada Awal 2011

Kontraktor asal bagi projek Teluk Kumbar –Pekan Genting, Syarikat Bulkers Corporation Sdn. Bhd yang melaksanakan projek Jalan Telok Kumbar Ke Pekan Genting, Balik Pulau, Pulau Pinang telahpun ditamatkan perkhidmatannya secara persetujuan bersama (mutual termination) pada 8 Oktober 2008.

Syarikat Bulkers Corporation masuk tapak pada tahun 2004 dan berhenti kerja pada awal tahun 2008. Jumlah kos yang asal adalah sebanyak RM56 juta. Kerajaan telah berbelanja sebanyak RM40 juta bagi kontraktor asal yang telah gagal menyiapkan projek pada Oktober 2008. Kos kontrak projek ini selepas ditender semula ialah sebanyak RM42 juta. Ini bermaksud kerajaan pusat perlu membayar kos projek yang lebih sebanyak RM26 juta. Tempoh siap projek juga ditangguhkan sampai Disember 2010. Ini dinyatakan dalam jawapan bertulis di Dewan Rakyat pada bulan Jun 2009 oleh Menteri Kerja Raya Dato’Shaziman bin Abu Mansor seperti berikut:

“Baki kerja Projek Baik Pulih Jalan Dari Pekan Genting ke Balik Pulau Pakej 2B ini akan disambung semula oleh Sarahon Construction Sdn Bhd, iaitu kontraktor baru yang dilantik melalui proses tender terbuka. Kontraktor baru yang dilantik melalui proses tender terbuka. Kontraktor baru ini telah mula masuk tapak pada 27 Mei 2009 dan tempoh siap kerja adalah selama 72 minggu. Sarahon Construction Sdn Bhd telah dilantik untuk melaksanakan baki kerja projek memandangkan kontraktor asal, Syarikat Bulkers Corporation telah gagal menyiapkan projek pada masa yang telah ditetapkan. Kontraktor asal telah menghadapi masalah kewangan dan masalah dengan subkontraktor yang menyebabkan pelaksanaan projek tergendala walaupun Lanjutan Masa atau Extension of Time telah diberikan oleh JKR.Kos kontrak projek ini selepas ditender semula ialah sebanyak RM42 juta. Skop Pembinaan projek ini adalah sepanjang 3.3km dengan pembinaan lorong mendaki di 2 lokasi pembinaan, 6 buah jambatan serta perabot jalan.”

Kerajaan Negeri Pulau Pinang amat prihatin tentang kelambatan projek ini yang menyusahkan malah mengancam keselamatan pengguna jalanraya dan juga cerun bukit. Satu lagi isu ialah kenaikan kos projek Jalan Terbengkalai Teluk Kumbar-Pekan Genting sebanyak 46% daripada RM56juta kepada RM 82 juta.

Pilihan Kontraktor yang salah dan tidak mengikuti kriteria professional telah mengakibatkan kerugian kewangan kepada rakyat. Perlunya sistem tender terbuka yang sebenarnya diamalkan dan tidak kepada kroni-kroni tertentu. Adalah diharapkan kesilapan tidak akan berulang lagi apabila kerja disambung semula sehingga mengakibatkan tarikh siap baru pada awal 2011 tidak tercapai juga.

2 thoughts on “Kenaikan 46% Kos Projek Jalan Terbengkalai Teluk Kumbar- Pekan Genting Daripada RM56juta kepada RM82juta Akan Siap Pada Awal 2011”

  1. That is very good….
    Amalkan tender terbuka supaya kerja menjadi lebih berkualiti…..

    Tender secara terbuka lebih adil untuk semua pihak. Opportunity for the rakyat.

  2. Well done Mr. Lim, don’t simply pay to the irresposible party again. This is residents’ hard earned money. Plan wise, decide wise, act wise and spend wise. Transportation is very important to Penang’s development.

Leave a Comment