Kenaikan harga minyak RON 97 sebanyak 14% telah membuktikan Kerajaan BN tidak bertimbang rasa dan gagal mengambil kira beban kenaikan minyak terutama kepada golongan berpendapatan rendah.

Kenaikan harga minyak RON 97 sebanyak 14% telah membuktikan Kerajaan BN tidak bertimbang rasa dan mengambil kira beban kenaikan harga barang keperluan terutama kepada golongan berpendapatan rendah.

Harga minyak bagi RON 97 yang dahulunya berharga dalam RM1.80 seliter telah naik ke RM2.05 seliter. Harga minyak bagi RON95 dinaikkan daripada RM1.75 kepada RM1.80 seliter. Ada setengah pihak berpendapat bahawa kenaikan 14% RON 97 tidak bantu bersikap mesra alam.

Kerajaan harus mengekalkan harga minyak di harga asal iaitu RM1.80 seliter bagi RON 97 dan RM1.75 seliter bagi RON 95 untuk meringankan beban rakyat dalam masa kelembapan ekonomi ini. Sebelum keadaan ekonomi pulih, kenaikan harga minyak mungkin memberikan tekanan kepada inflasi yang akan membawa impak negatif berganda dengan ekonomi lembap bersama inflasi.

Ketika ekonomi rakyat meleset dan bakal berhadapan dengan hari raya Aidil Fitri , kenaikan harga minyak adalah seumpama sudah jatuh ditimpa tangga.

Petronas sepatutnya mampu menanggung kos kenaikan dengan hasil hampir RM 600 bilion sejak ditubuhkan pada 1974. Kerajaan harus mengekalkan harga minyak di harga asal iaitu RM1.80 seliter bagi RON 97 dan RM1.75 seliter bagi RON 95 untuk meringankan beban rakyat.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak juga perlu menerangkan bagaimanakah kerajaan memberikan subsidi minyak lebih daripada 30 sen setiap liter ketika harga minyak dunia dilaporkan berada dalam keadaan stabil.

Leave a Comment