Perkembangan WiFi dan WiMax

Soalan Bertulis oleh YB Koay Teng Hai(Pulau Tikus):
Program WIFI dan Wi-Max telah dilaksanakan di Negeri Pulau Pinang pada tahun lepas.
(a) Bagaimanakah perkembangan terkini program tersebut?
(b) Bilakah penduduk KADUN Sungai Pinang dapat menikmati penggunaan WIFI dan Wi-Max ini?

Jawapan Ketua Menteri Pulau Pinang:
a) Perkembangan terkini projek WiFi dan WiMax adalah seperti berikut:

(i) WiFi- syarikat Redtone Telecomunications Sdn. Bhd. telah memasang kemudahan WiFi di 26 hotspot. Menjalang akhir Disember 2010, sebanyak 750 hotspot dijadual akan disediakan.

Jun 09 – Jumlah 100 hotspots
Sept 09 – Jumlah 200 hotspots
Dec 09 – Jumlah 300 hotspots
Mar 10 – Jumlah 400 hotspots
Jun 10 – Jumlah 500 hotspots
Sept 10 – Jumlah 600 hotspots
Dec 10 – Jumlah 750 hotspots

(ii) WiMax – Perkhidmatan WiMAX yang disediakan oleh Syarikat Packet One (P1) kini boleh dinikmati oleh penduduk di sekitar George Town, Butterworth dan Juru. Kerja untuk memperluaskan kawasan perkhidmatan sedang giat dijalankan. Mengikut perancangan pihak WIMAX, perkhidmatan WIMAX akan diperluaskan ke kawasan berikut sekiranya mendapat kelulusan pihak kerajaan tempatan.

– June 09 -Kawasan Bayan Lepas
– Sept 09 -Kawasan Butterworth, Sebahagian Seberang Perai.
– Dec 09 -Tanjong Bungah, kawasan Seberang Perai Terubong, Green Lane.

(b) Perkhidmatan WiFi percuma bagi penduduk KADUN Sungai Pinang dijadual akan disediakan sebelum Disember 2010. Manakala perkhidmatan berbayar WiMax, dijadual dapat beroperasi pada penghujung suku tahun kedua 2009 sekiranya rundingan pihak syarikat dengan pemilik bangunan dilokasi yang telah dikenalpasi mencapai persetujuan.

0 Responses to “Perkembangan WiFi dan WiMax”


  • No Comments

Leave a Reply

You must login to post a comment.