Pembekuan Operasi Tiga Syarikat Kuari Untuk Membantu Siasatan Bahawa Pembayaran Royalti Dikurang Laporkan Dan Menyebabkan Kehilangan Hasil Kerajaan

Pulau Pinang banyak bergantung kepada pendapatan dalam pelbagai sektor termasuk dalam sektor industri kuari yang mendatangkan hasil kepada Kerajaan Negeri melalui pembayaran royalty RM3 setiap meter cubik tanah merah atau batuan yang digali. Banyak pertikaian telah timbul tentang pembayaran royalti khususnya tentang perkiraan jumlahnya yang selalu didakwa jauh berkurangan dengan apa yang sepatutnya diterima oleh kerajaan negeri.

Mesyuarat Jawatankuasa Tanah Negeri yang diadakan pada 30 Mac 2009 telah memutuskan bahawa 3 buah syarikat kuari di Daerah Seberang Perai Tengah akan dibekukan semua bentuk operasi mereka berkuatkuasa hari ini sehingga siasatan selesaikan dijalankan mengenai isu di bawah deklarasi royalti “Under Declaration Of Royalty” bagi membantu siasatan kerajaan negeri.

Syarikat-syarikat yang diputuskan untuk dibekukan operasi mereka ialah :-
1.Kuad Sdn Bhd
2.Batu Tiga Quarry Sdn Bhd
3.Saw Chong Teok Quarry Sdn Bhd

Sementara itu,Jawatankuasa Tanah Negeri telah melantik YB Law Choo Kiang untuk menjalankan siasatan tersebut dengan teliti agar hasil royalti kerajaan negeri secara tidak langsung dapat diperolehi. Pembekuan operasi tidak dijangka makan masa yang panjang dan akan ditarik balik sebaik siasatan siap.

YB Law Choo Kiang juga akan menyiasat satu kes yang melibatkan kadar royalti tanah merah & bahan batuan yang dikurangkan daripada RM3 kepada RM1 per meter kubik.

Oleh yang demikian, saya berharap syarikat-syarikat terbabit dapat memberikan kerjasama sepenuhnya kepada siasatan ini kerana Jawatankuasa Tanah Negeri memberi kuasa untuk YB Law Choo Kiang mendapatkan semua dokumen atau perkara-perkara yang berkaitan dengan keperluan siasatan beliau.

Jika perlu, Kerajaan Negeri juga akan menyusulkan siasatan kepada lain-lain syarikat kuari selepas selesai penyiasatan terhadap 3 syarikat kuari ini.

Leave a Comment